Skip Ribbon Commands
Skip to main content
Sign In

​​​​​​​​​​​​​​​Objek​tif Pelaburan​​

KWAP berhasrat untuk memaksimumkan kadar pulangan terlaras jangka panjang bagi meningkatkan nilai sebenar dana. KWAP mensasarkan kadar pulangan terlaras nominal sebanyak 8% setahun bagi tempoh ‘rolling’ selama 5 tahun. Tempoh lima (5) tahun ini bermula sebaik saja Pengagihan Aset Strategik dicapai sepenuhnya.​

Falsafah Pelaburan

KWAP mencari strategi pelaburan aktif dan pasif dalam melaburkan dana. Secara umumnya, KWAP melabur terus dalam kelas-kelas aset yang diluluskan. Selain itu, KWAP melaburkan sebahagian daripada dana menerusi perlantikan pengurus dana luar bagi tujuan diversifikasi dan perbandingan dengan pengurus dana lain. KWAP juga akan sentiasa mengelak dari melabur dalam syarikat yang terlibat dalam alkohol, tembakau, perjudian dan pengeluaran barangan ketenteraan.​​​​​​​​​

EKUITI
Ekuiti memainkan peranan penting sebagai salah sa​tu kelas aset dalam portfolio KWAP, ia menjana sebahagian besar daripada pendapatan pelaburan keseluruhan KWAP. Pelaburan KWAP dalam ekuiti dibahagikan kepada dua kategori iaitu Ekuiti Domestik dan Ekuiti Antarabangsa.

PENDAPATAN TETAP
Pendapatan Tetap seperti sekuriti kerajaan, bon korporat dan deposit jangka pendek merangkumi sekitar 70-73% dari jumlah portfolio pelaburan KWAP. KWAP bergiat aktif dalam pasaran modal primer dan sekunder di Malaysia.

 
​PELABURAN ALTERNATIF
Objektif ​Pelaburan Alternatif adalah untuk merancang, melaksana, memantau dan melapor aktiviti pelaburan dana KWAP yang diuruskan oleh pengur​us dana luar.​​

PELABURAN GLOBAL KWAP
BACA LAGI​​ ​​​​