1.Siapakah Majikan KWAP?
Majikan KWAP terdiri daripada Badan Berkanun (Persekutuan dan Negeri) (BB), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Agensi Peminjam (AG) yang mempunyai kakitangan berstatus tetap dan berpencen.
2. Siapakah Ahli KWAP?
Ahli KWAP terdiri daripada kakitangan majikan yang berstatus tetap dan berpencen.
3. Bilakah majikan dan ahli perlu mendaftar dengan KWAP?
a. | Pendaftaran Majikan | Apabila majikan mempunyai kakitangan berstatus tetap dan berpencen. |
b. | Pendaftaran Ahli (diuruskan oleh Majikan) | a. Apabila kakitangan majikan mendapat status tetap dan berpencen daripada JPA. b. Apabila majikan menerima pegawai pinjaman yang berstatus berpencen. |
Nota: Setiap majikan dan ahli akan diberikan nombor. Nombor Majikan dan Nombor Ahli hendaklah digunakan di dalam semua urusan caruman dengan KWAP.
4. Adakah nombor majikan dan ahli KWAP kekal atau berubah?
a. | Nombor Majikan | Kekal dan tidak berubah dan digunakan selagi majikan tersebut masih aktif dan boleh diaktifkan semula. |
b. | Nombor Ahli | Kekal dan tidak berubah walaupun pegawai bertukar majikan sepanjang tempoh perkhidmatan sehingga perkhidmatannya tamat. |
5. Apakah dokumen sokongan untuk pendaftaran majikan dan ahli ?
a. | Pendaftaran Majikan | a. Borang Pendaftaran Majikan (CN1). b. Salinan Warta Kerajaan (bagi PBT), salinan akta Penubuhan (bagi BB dan AG) ATAU salinan Akta Penubuhan Syarikat (bagi AG). |
b. | Pendaftaran Ahli (diuruskan oleh Majikan) | a. Borang Pendaftaran Ahli (CN2). b. Salinan surat Pemberian Taraf Berpencen dari JPA ATAU salinan buku perkhidmatan (mukasurat yang menunjukkan catatan tarikh PTB).
|
1. Bilakah majikan perlu mula mencarum kepada KWAP?
a. |
Kakitangan tetap dan berpencen | Mulai dari tarikh kuatkuasa pemberian taraf berpencen (PTB). |
b. | Pegawai Pinjaman | Mulai dari tarikh peminjaman pegawai. |
c. | Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan yang baru di tubuhkan | Mulai dari tarikh penubuhan BB/PBT yang mempunyai kakitangan tetap dan berpencen. |
2. Berapakah kadar caruman bulanan dan tunggakan kepada KWAP ?
a. Caruman Bulanan Pegawai Berstatus Tetap dan Berpencen
17.5% daripada gaji hakiki bulanan kakitangan. (Rujuk Seksyen 8(1) Akta Pencen Pihak Berkuasa Berkanun Dan Temptatan 1980 (Akta 239) .
Contoh:
Gaji Hakiki Bantuan Sara Hidup (COLA) Imbuhan Tetap Perumahan Imbuhan Tetap Khidmat Awam Jumlah
Caruman bulanan
|
:
RM1,867.03 : RM 300.00 : RM 300.00 : RM 160.00
: RM2,627.03
:
RM1,867.03 x 17.5%
RM 326.73
|
b. Caruman Bulanan Pegawai Pinjaman Berstatus Tetap dan Berpencen
17.5% daripada gaji bulanan jawatan hakiki (secara isyarat).
(Rujuk Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 12 Tahun 2008).
Contoh:
Gaji Hakiki Jawatan Asal (Secara Isyarat) Gaji Peminjaman
Caruman bulanan
|
:
RM4,810.36
: RM5,260.36
: RM4,810.36 x 17.5%
:
RM
841.81 |
Nota:
Gaji secara isyarat merujuk kepada gaji jawatan asal pegawai termasuk kenaikan gaji.
c. Caruman Tunggakan Gaji
17.5% daripada jumlah tunggakan gaji yang dibayar kepada kakitangan.
Contoh 1
Kenaikan Gaji Tahunan Tunggakan 3 bulan (Jan - Mac) x Tempoh
Jumlah tunggakan
|
: RM100.00
: RM100.00 x 17.5% x 3 Bulan
: RM 52.50
|
Contoh 2
Pelarasan gaji dari tahun 2015 -2019 (5 tahun) Gaji telah dibayar (A) Gaji patut dibayar (B) Jumlah pelarasan yang perlu dibayar (B-A) |
: RM1,000.00
: RM1,100.00 : RM100.00 : RM100.00 x 17.5% x 60 bulan
RM1,050.00 |
3. Bilakah tarikh akhir bayaran caruman bulanan kepada KWAP?
Caruman bulanan samada melalui EFT/TT, RENTAS atau cek mestilah
sampai kepada KWAP sebelum atau selewat-lewatnya pada hari terakhir bulan berikutnya.
(Rujuk Seksyen 8(3) Peraturan-Peraturan Pencen Pihak-Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 1990).
Contoh 1:
Caruman bulan Januari 2019 hendaklah
sampai sebelum atau selewat-lewatnya pada 28 atau 29 Februari 2019 (yang berkenaan).
Contoh 2:
Caruman bulan Februari 2019 hendaklah
sampai sebelum atau selewat-lewatnya pada 30 Mac 2019.
4. Bilakah tarikh akhir bayaran caruman ke atas tunggakan gaji kepada KWAP?
Caruman ke atas tunggakan gaji hendaklah dibayar kepada KWAP sebelum atau tidak lewat daripada hari terakhir dalam bulan berikutan dengan bulan tunggakan gaji dibayar kepada kakitangan.
(Rujuk Seksyen 8(3) Peraturan-Peraturan Pencen Pihak-Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 1990).
Contoh:
Tunggakan gaji dibayar kepada kakitangan pada bulan
Mac 2019
Tarikh akhir bayaran caruman tunggakan kepada KWAP sebelum atau selewat-lewatnya pada 30 April 2019.
5. Apakah borang yang digunakan untuk membuat bayaran caruman bulanan dan tunggakan kepada KWAP?
Jenis Bayaran |
Borang |
a. Caruman Bulanan | Borang Caruman (CN3) |
b. Caruman Tunggakan Gaji | Borang Tunggakan Caruman (CN4) |
6. Bagaimanakah cara penghantaran dokumen pembayaran tersebut?
Mod Bayaran |
Dokumen |
Cara Penghantaran Dokumen |
a. Cek | CN3 CN4 | Melalui pos. |
b. EFT/ TT/ RENTAS | CN3 CN4 | Melalui pos, emel dan portal
|
CN6 | Melalui emel ke
eft.contribution@kwap.gov.my (Sekiranya emel tidak berfungsi majikan boleh menghantar dokumen melalui talian faks
03-2174 8192). |
Nota:
Borang hendaklah diisi dengan lengkap dan disahkan
7. Apakah kod-kod yang digunapakai dalam borang CN3 oleh majikan?
KOD |
KETERANGAN |
NOTA |
00 | TIADA PERUBAHAN | - |
01 | AHLI BARU MENCARUM | - |
02 | KENAIKAN/PELARASAN GAJI | - |
03 | BERSARA | Bulan caruman terakhir
bersama amaun: kod 03 Bulan berikutnya
tanpa amaun : kod 03 Bulan seterusnya gugurkan nama pegawai daripada CN3
|
04 | MENINGGAL DUNIA | Bulan caruman terakhir
bersama amaun: kod 04 Bulan berikutnya
tanpa amaun: kod 04 Bulan seterusnya gugurkan nama pegawai daripada CN3
|
05 | BERHENTI/DIBUANG KERJA/ BERTUKAR | Bulan caruman terakhir
bersama amaun: kod 05 Bulan berikutnya
tanpa amaun: kod 05 Bulan seterusnya gugurkan nama pegawai daripada CN3
|
06 | CUTI SEPARUH GAJI | - |
07 | CUTI TANPA GAJI/TAHAN GAJI | - |
08 | PEMINJAMAN | a. Caruman pertama untuk pegawai pinjaman yang mula mencarum bagi BB dan PBT b. Caruman terakhir untuk pegawai pinjaman yang tamat tempoh peminjaman bagi BB, PBT dan AG
|
09 | MENCARUM SEMULA | Mencarum semula setelah tamat tempoh cuti tanpa gaji / tahan gaji |
99 | LAIN-LAIN | Sekiranya ada transaksi selain daripada kod-kod diatas. (Hubungi KWAP sekiranya menghadapi sebarang masalah untuk menggunakan kod ini)
|
8.Adakah KWAP menghantar Penyata Caruman tahunan kepada majikan yang mencarum?
Buat masa sekarang KWAP tidak menghantar Penyata Caruman tahunan kepada majikan yang mencarum.
1. Apakah mod bayaran caruman oleh majikan?
a. Elektronik (EFT/TT/RENTAS)
b. Cek
Nota : KWAP menggalakkan pembayaran secara elektronik. Walau bagaimanapun sekiranya ingin menggunakan mod bayaran melalui RENTAS, pembayaran adalah bagi jumlah caruman RM10k dan ke atas sahaja.
2. Apakah syarat bayaran menggunakan cek?
a. | Nama Penerima Bayaran : KUMPULAN WANG PERSARAAN (DIPERBADANKAN). |
b. | Tanda tangan mestilah mencukupi mengikut syarat yang telah ditetapkan dan bersamaan dengan contoh tandatangan yang disimpan dibank. |
c. | Amaun bayaran (dalam Ringgit Malaysia) di ruangan nombor dan perkataan adalah sama. |
d. | Tarikh pada cek adalah betul dan masih dalam tempoh sah laku cek. Tarikh cek ke hadapan dari tarikh semasa tidak dibenarkan. |
3. Bagaimanakah tatacara bayaran menggunakan EFT atau RENTAS?
a. Menghantar Borang Maklumat Bayaran Caruman Melalui Bank (CN6) pada hari yang sama bayaran dibuat kepada KWAP melalui emel ke eft.contribution@kwap.gov.my.
b. Menghantar Borang Caruman (CN3) dan Borang Tunggakan (CN4) dalam masa satu (1) hari dari tarikh EFT/ RENTAS.
Nota: Sekiranya tiada CN6 diterima, bayaran tidak akan diproses dan majikan boleh dikenakan denda atas kelewatan mencarum.
4. Bagaimanakah cara bagi majikan yang ingin membuat pembayaran menggunakan saluran EFT atau RENTAS buat pertama kali?
Memaklumkan kepada pihak KWAP melalui email ke eft.contribution@kwap.gov.my atau surat.
1. Adakah bayaran caruman yang lewat akan dikenakan denda?
Rujuk Seksyen 8(4) Akta 239
Jenis Bayaran | Kenaan Denda | Catatan |
a. Caruman Bulanan | Ya | 0.5% bagi tiap-tiap satu bulan atau sebahagian daripada sebulan selepas tarikh akhir bayaran selama mana amaun tersebut tidak dijelaskan. |
b. Caruman Tunggakan Gaji | Tidak | Tidak Berkenaan. |
2. Bolehkah majikan memohon pengecualian denda yang dikenakan?
Ya. Dengan mengisi Borang Permohonan Pengecualian Denda (CN7). Pengecualian denda hanya diberikan bagi kelewatan yang bukan disengajakan atau di luar kawalan majikan. (Rujuk Seksyen 8(6) Akta 239).
Apakah jenis tuntutan bayaran balik yang boleh dibuat oleh majikan/individu kepada KWAP?
a. Tuntutan Bayaran Balik Majikan
Sebab Tuntutan | Dokumen Sokongan |
Tuntutan bayaran balik caruman majikan yang terlebih atau tersalah carum | a. Borang Tuntutan Bayaran Balik (CN5) b. Surat rasmi yang menyatakan sebab tuntutan dibuat c. Salinan Borang Caruman (CN3) / Borang Tunggakan Caruman (CN4) bagi bulan yang dituntut d. Salinan resit bayaran caruman bagi bulan yang dituntut e. Dokumen lain (jika berkaitan) |
b. Bayaran Balik Syer Kerajaan KWSP (Individu)
Sebab Tuntutan | Syarat-syarat Tuntutan |
Kakitangan awam yang hilang kelayakan berpencen akibat perletakan jawatan atau dibuang kerja dan syer kerajaan mereka telah dipindahkan dari KWSP ke KWAP. | a. Mencapai umur 55 tahun. Walau bagaimanapun, bayaran sebelum mencapai umur 55 tahun boleh dibuat sekiranya bekas kakitangan awam bukan lagi warganegara Malaysia dan akan meninggalkan Malaysia. b. Bagi kakitangan yang meninggal dunia, tuntutan hendalah dibuat oleh pewaris yang sah disisi undang-undang dan disokong dengan dokumen perundangan yang berkaitan. c. Surat pengesahan dari Kementerian/Jabatan terakhir tempat berkhidmat. d.Tiada faedah akan dibayar bagi tempoh syer kerajaan KWSP dipegang oleh KWAP. |
2. Berapa masa yang diambil untuk pemprosesan tuntutan bayaran balik dengan dokumen yang lengkap?
Jenis Tuntutan | Tempoh Pemprosesan |
a. Tuntutan Bayaran Balik Majikan | 5 hari bekerja |
b. Tuntutan Bayaran Balik Syer Kerajaan KWSP (Individu) | 14 hari bekerja |
3. Apakah mod bayaran bagi tuntutan bayaran balik?
Melalui pemindahan secara elektronik (EFT), kecuali atas permintaan khas majikan/individu untuk menggunakan cek.
1. Apakah kegunaan Portal Caruman KWAP?
a. Pendaftaran ID Pengguna untuk Super Admin Portal
b. Pendaftaran ahli baru dan mengemaskini profil ahli
c. Muat naik data caruman
d. Muat turun borang Tuntutan Bayaran Balik (CN5)
2. Bagaimana majikan boleh mula menggunakan Portal Caruman KWAP?
Dengan mengisi dan menghantar Borang Pendaftaran Portal yang boleh didapati di laman web www.kwap.gov.my. Hanya majikan boleh memohon ID pengguna untuk Super Admin Portal.
3. Cara Pengaktifan ID Pengguna
a. | Menerima ID pengguna sementara melalui email. |
b. | Masuk ke laman web https://www.icms.kwap.my |
c. | Masukkan ID pengguna sementara dan klik butang seterusnya. |
d. | Masukkan ID pengguna yang baru beserta kata laluan dan klik butang seterusnya (kata laluan mestilah mempunyai minima 8 karakter dan mengandungi Huruf Besar, Huruf Kecil, Simbol dan Nombor). |
e. | Masukkan Soalan Keselamatan dan klik butang hantar |
f. | Menerima emel dari MAKLUMAT CARUMAN untuk pengaktifan ID pengguna. |
g. | Klik pautan ke laman web: https://www.icms.kwap.my untuk mengaktifkan ID pengguna. |
h. | Berjaya menggunakan Portal Caruman. Jika tidak sila hubungi KWAP untuk tindakan lanjut. |
1. Adakah KWAP mengadakan lawatan pematuhan dan penguatkuasaan kepada majikan?
Ya. Dari semasa ke semasa. Majikan akan dimaklumkan terlebih dahulu mengenai lawatan tersebut.
2. Apakah dokumen yang perlu disediakan oleh majikan sebelum lawatan?
a. Rekod Bayaran Caruman Pencen;
b. Buku Perkhidmatan kakitangan yang berstatus tetap dan berpencen; dan
c. Senarai kakitangan yang terlibat dengan pelarasan gaji disebabkan oleh kenaikan gaji, gred dan pangkat.
Nota : Kesemua dokumen di atas adalah bagi tempoh yang ditetapkan oleh KWAP.
3. Apakah tindakan yang perlu diambil oleh majikan sekiranya terdapat tunggakan yang ditemui semasa lawatan?
Menyemak semula taksiran tunggakan caruman yang diberikan dan sekiranya berpuas hati menjelaskan bayaran bagi taksiran tunggakan caruman berkenaan dengan kadar segera.