Pendaftaran

Pendaftaran Majikan

Sesebuah Badan Berkanun, Pihak Berkuasa (PBT) Tempatan dan Agensi (AG) hendaklah didaftarkan sebagai majikan KWAP apabila:

  • Badan berkanun (BB) atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) telah ditubuhkan, dan​
  • Kakitangan Badan Berkanun (BB) atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mendapat PTB daripada JPA
  • Agensi (AG) menerima pegawai pinjaman yang berstatus berpencen

Dokumen-dokumen berikut hendaklah dikemukakan untuk mendaftarkan majikan :

  • Borang Pendaftaran Majikan (CN1)
  • Salinan Warta Kerajaan  (bagi PBT), salinan akta Penubuhan (bagi BB dan AG) ATAU salinan  Akta Penubuhan Syarikat (bagi AG).

Pendaftaran Ahli

Adalah menjadi tanggungjawab majikan untuk mendaftarkan kakitangannnya apabila kakitangan tersebut telah mendapat Pemberian Taraf Berpencen (PTB) daripada Jabatan Perkhidmatan Awam.

Dokumen-dokumen berikut hendaklah dikemukakan untuk pendaftaran ahli :

  • Borang Pendaftaran Ahli (CN2).
  • Salinan surat Pemberian Taraf Berpencen dari JPA ATAU salinan buku perkhidmatan (mukasurat yang menunjukkan catatan tarikh PTB).​​​

​Undang-Undang & Pekeliling​