Caruman Pencen

Kadar Caruman

a. Caruman Bulanan Pegawai Berstatus Tetap dan Berpencen

17.5% daripada gaji hakiki bulanan kakitangan. (Rujuk Seksyen 8(1) Akta Pencen Pihak Berkuasa Berkanun Dan Temptatan 1980 (Akta 239) ​​​

b. Caruman Bulanan Pegawai Pinjaman Berstatus Tetap dan Berpencen

17.5% daripada gaji bulanan jawatan hakiki (secara isyarat). (Rujuk Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 12, 2008 Dasar & Prosedur Pelantikan Secara Peminjaman, Pertukaran Sementara Dan Pertukaran Tetap)​.

Tarikh Bayaran

Caruman bulanan samada melalui EFT/TT, RENTAS atau cek mestilah sampai kepada KWAP sebelum atau selewat-lewatnya pada hari terakhir bulan berikutnya. (Rujuk Seksyen 8(3) Peraturan-Peraturan Pencen Pihak-Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 1990).

​​
Bulan​Tarikh Akhir Bayaran Caruman
Januari28 / 29 Februari
Februari31 Mac
Mac30 April
April31 Mei
Mei30 June
Jun31 Julai
Julai31 Ogos
Ogos30 September
September31 Oktober
Oktober30 November
November31 Disember
Disember31 Januari​

Kenaan Denda

Seksyen 8(4) Akta Pencen Pihak Berkuasa Berkanun Dan Temptatan 1980 (Akta 239) ​​​. 0.5%  bagi tiap-tiap satu bulan atau sebahagian daripada sebulan selepas tarikh akhir bayaran selama mana amaun tersebut tidak dijelaskan​.
(Pautan ke Denda)​​​​