​Tugas dan Tanggungjawab Majikan

Majikan adalah bertanggungjawab untuk melaksanakan tugas perkara berikut:

Pendaftaran Ahli

  • Majikan perlu mendaftarkan semua kakitangannya yang telah diberikan taraf pencen, sebagai ahli KWAP dalam tempoh 14 hari dari tarikh Pemberian Taraf Berpencen (PTB).
  • Nombor Ahli KWAP yang diberikan hendaklah digunakan apabila membuat bayaran caruman pencen kakitangan.

Bayaran Caruman Pencen​​

  • Majikan hendaklah membayar caruman pencen untuk kakitangannya yang telah diberikan taraf pencen pada kadar 17.5% dari gaji hakikinya.
  • Majikan hendaklah melengkapkan borang-borang caruman yang berkaitan (Format 1, 2, 2C dan 3) dengan maklumat yang tepat.
  • Bayaran caruman pencen hendaklah dibuat selewat-lewatnya pada hari terakhir bulan berikutnya.
  • Resit bayaran hendaklah disimpan tidak kurang dari 7 tahun
  • Caruman pencen untuk kakitangan yang diberi cuti belajar hendaklah dibayar dalam amaun yang penuh untuk tempoh cuti belajar yang diluluskan.

Caruman Pegawai Pinjaman

  • Majikan perlu memaklumkan kepada KWAP sekiranya terdapat pegawai pinjaman dengan memberikan maklumat lengkap mengenai peminjaman pegawai tersebut.
  • Majikan iaitu agensi peminjam hendaklah membayar caruman pencen untuk pegawai pinjaman yang mempunyai taraf berpencen sepanjang tempoh peminjamannya.
  • Kadar caruman pencen yang perlu dibayar ialah 17.5% dari gaji hakiki pegawai pinjaman tersebut.
  • Majikan perlu memaklumkan kepada KWAP sekiranya berlaku penamatan tempoh pinjaman.

Pertukaran Nama / Status Majikan

  • Majikan perlu memaklumkan kepada KWAP secara bertulis jika berlaku sebarang pertukaran nama / status majikan dalam tempoh 14 hari dari tarikh perubahan tersebut.​

Pertukaran Alamat

  • Majikan perlu memaklumkan kepada KWAP secara bertulis jika berlaku pertukaran alamat / perhubungan perniagaan dalam tempoh 14 hari dari tarikh pertukaran tersebut.​​​​