Puan Siti Ilmiah binti Ramli

Pengarah Perkhidmatan Persaraan

Beliau mempunyai 20 tahun pengalaman sebagai pengamal undang-undang di organisasi bukan keuntungan dan di jabatan sumber manusia dalam pelbagai organisasi tempatan dan asing di Malaysia. Sebelum menyertai KWAP, beliau telah berkhidmat di Maybank Berhad.

Beliau memperolehi ijazah LL.B (Kepujian) dari University of London, UK dan Sijil Amalan Guaman (CLP) Malaysia.