Puan Tursina Binti Yaacob

​Pengarah Jabatan Sumber Manusia

Tursina mempunyai pengalaman lebih 20 tahun sebagai seorang penganalisis pelaburan meliputi pelbagai sektor di peringkat domestik dan global. Pengkhususan sektor beliau termasuk minyak dan gas, utiliti, telekomunikasi, produk pengguna, automotif, komoditi, dan industri kewangan Islam.

Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Ekonomi Kewangan dari Coventry University, UK dan Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Pengurusan Strategik) dari Universiti Teknologi Malaysia.