​​Encik Mohamed Nazri bin Omar

​Wakil Sektor Swasta

Encik Mohamed Nazri bin Omar telah dilantik sebagai ahli Panel Pelaburan pada 1 Mei 2016.

Beliau merupakan Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif Danajamin Nasional Berhad, berkuatkuasa pada 1 Mei 2014. Kerjaya korporat beliau adalah dalam industri kewangan, terutamanya dalam perbankan korporat dan pasaran modal. Beliau memulakan kerjayanya di Citibank Berhad dan seterusnya berkhidmat di Macquarie Bank Limited dan RHB Sakura Merchant Bankers Berhad (kini dikenali sebagai RHB Investment Bank Berhad). Sebelum menyertai Danajamin, Nazri pernah memegang beberapa jawatan di Kuwait Finance House (M) Berhad, termasuk sebagai Pengarah Perbankan Pelaburan dan Ketua Pasaran Modal dan Penasihat.

Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sastera dalam jurusan Ekonomi (Kepujian) dan Kerajaan, dari Cornell University, AS. Beliau juga merupakan seorang Chartered Financial Analyst (CFA).