​​

Encik Hamkhushairi bin Jahari

Pengarah Jabatan Audit Dalaman

Pengarah Jabatan Audit Dalaman sejak Oktober 2017. Beliau mempunyai 17 tahun pengalaman bekerja dalam industri perbankan. Sebelum menyertai KWAP, beliau adalah Pengurus Kanan Audit bagi Negara di Standard Chartered Bank Malaysia Berhad dan Pengurus Risiko Kanan di Perbadanan Insurans Deposit Malaysia. Beliau juga pernah berkhidmat dengan Bank Negara Malaysia sebagai Penyelia Kanan untuk beberapa tahun.

Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dari Universiti Malaya, Kuala Lumpur dan memperolehi Sijil Audit Dalaman dan Risiko Perniagaan daripada Institut Juruaudit Dalaman Berkanun, United Kingdom. Beliau adalah Akauntan Berkanun di bawah Institut Akauntan Malaysia dan ahli Institut Juruaudit Dalaman yang Berkanun, United Kingdom.