Encik Zalman Ismail

​Pengarah Jabatan Pelaburan Alternatif

​Beliau mempunyai 20 tahun pengalaman dalam penarafan kredit, penyelidikan ekuiti, kewangan korporat, pembangunan perniagaan telekomunikasi, pembangunan hartanah, industri kesihatan, dan komoditi. Sebelum menyertai KWAP, beliau merupakan Ketua Strategi dan Pembangunan Perniagaan di Sime Darby Property Berhad. Beliau adalah ahli Lembaga Pengarah Jambatan Kedua Sdn. Bhd., Munchy Food Industries Sdn. Bhd. dan pengarah gantian Malakoff Corporation Berhad.

Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Peniagaan Kewangan (Kepujian Magna Cum Laude) dari Eastern Michigan University, AS.