Encik Nazaiful Affendi Bin Zainal Abidin

​Pengarah Jabatan Strategi Portfolio

Beliau mempunyai 19 tahun pengalaman dalam pasaran modal termasuk peranan dalam penyelidikan, analisis pasaran dan strategi dengan pendedahan dalam ekuiti, pendapatan tetap dan komoditi. Sebelum menyertai KWAP, beliau berkhidmat sebagai pakar ekonomi di Suruhanjaya Sekuriti.

Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Kewangan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) dalam Kewangan/Ekonomi, dari institusi yang sama. Selain itu, beliau telah menghadiri Program Pembangunan Pengurusan Kanan ASEAN Ke-4 yang diadakan pada bulan Jun dan Julai 2011.​