​Encik Azmeen Bin Adnan

​Ketua Pegawai Pelaburan

Beliau mempunyai 20 tahun pengalaman dalam industri perbankan dan pengurusan aset merangkumi bidang pelaburan, perbendaharaan, jualan dan pembangunan produk. Sebelum ini, beliau merupakan Pengarah bagi Jabatan Pendapatan Tetap KWAP. Sebelum menyertai KWAP beliau merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Maybank Islamic Asset Management Sdn. Bhd.

Beliau adalah Ahli Persatuan Pasaran Kewangan Malaysia serta berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Pentadbiran Perniagaan, Universiti Denver, AS.