​Azlan​ bin Hussin​

Pengarah Jabatan Ekuiti

Beliau mempunyai lebih daripada 21 tahun pengalaman dalam pengurusan portfolio. Sebelum ini, beliau adalah Ketua Pegawai Eksekutif MIDF Amanah Asset Management Berhad di mana beliau berjaya mengembangkan aset dibawah pengurusan kepada RM4 bilion daripada saiz awal sebanyak RM300 juta.

Azlan memulakan kerjayanya dengan SBB Asset Management (SBBAM) sebagai Penganalisis Pelaburan dan kemudiannya dinaikkan pangkat menjadi Naib Presiden Pelaburan menguruskan portfolio berjumlah RM800 juta. 
​​
Seterusnya, beliau menyertai AmanahRaya-JMF Asset Management sebagai Pengurus Besar untuk Pelaburan Ekuiti di mana beliau menguruskan portfolio bernilai RM1 bilion dari dana amanah, kerajaan negeri, korporat dan termasuk KWSP. Beliau juga bertanggungjawab untuk menyediakan dasar dan garis panduan pelaburan keseluruhan untuk AmanahRaya Berhad​