Mengenai Pengurusan Risiko

Persekitaran perniagaan yang sering berubah mendedahkan KWAP kepada pelbagai risiko dan KWAP mengambil langkah-langkah pro-aktif untuk menguruskan risiko ini. Pengurusan pelaburan dikaitkan dengan risiko kewangan dan operasi. Risiko yang paling ketara termasuklah risiko pasaran, risiko kredit dan risiko operasi. KWAP percaya salah satu faktor kejayaan dalam pengurusan pelaburan adalah keupayaan mengenal pasti, menganalisis dan meng​uruskan risiko tepat pada waktunya.​​​