​Kenyataan Media

Aplikasi MyPesara Kini Sedia Dimuat Turun

 

MyPesara adalah hasil inisiatif daripada jalinan kerjasama antara KWAP, Bahagian Pasca Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) yang telah dilancarkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak pada 6 Jun 2017.

Selaras dengan peranan KWAP sebagai agensi yang dilantik oleh Kerajaan Malaysia untuk memproses dan mengurus faedah-faedah persaraan serta khidmat pelanggan di bawah Perjanjian Agensi bertarikh 17 Disember 2015, MyPesara disasarkan sebagai:

         i.            Saluran komunikasi tambahan selain daripada pusat panggilan dan khidmat pelanggan yang sedia ada bagi membolehkan para pesara mengakses pelbagai maklumat persaraan dan penyata pencen mereka pada bila-bila masa secara atas talian dan tidak tertakluk kepada waktu operasi pusat panggilan dan khidmat pelanggan;

       ii.            Saluran penyebaran maklumat yang komprehensif, menyeluruh dan pantas dimana sebarang maklumat terkini berkaitan persaraan atau pun aktiviti-aktiviti tambah nilai yang dijalankan oleh KWAP dan Jabatan Perkidmatan Awam boleh disebarkan pada bila-bila masa;

     iii.            Mempunyai ciri-ciri tambahan seperti tips perancangan kewangan dan penjagaan kesihatan serta waktu solat dan talian kecemasan yang berubah mengikut lokasi disediakan khusus memenuhi keperluan dan kesejahteraan para pesara.

Kini MyPesara boleh dimuat turun dari sistem operasi Android di https://play.google.com/store/apps/details?id=my.gov.jpapencen.mypesara dan iOS di https://itunes.apple.com/us/app/mypesara/id917570980?mt=8 mulai 1 Julai 2017.  Para pesara kerajaan dan penjawat awam adalah digalakkan untuk memuat turun aplikasi ini untuk menguruskan persaraan mereka dengan lebih mudah, selain dapat meningkatkan mutu perkhidmatan secara menyeluruh.

 

-TAMAT-