• VISI

    Menjadi dana persaraan yang dipercayai yang menyokong pembangunan negara dengan memberikan manfaat yang mampan secara inovatif.

  • MISI

    Mengoptimumkan pulangan pelaburan dan memberikan perkhidmatan cemerlang dengan menerima pakai amalan terbaik dalam memenuhi komitmen pihak berkepentingan utama.

    01

    PERUTUSAN PEMIMPIN KAMI

    • chairman
      Kami berpegang teguh pada komitmen untuk menghasilkan prestasi jangka panjang.

      Datuk Seri Asri Bin Hamidon @ Hamidin

      Pengerusi

    • ceo
      Kami terus mengambil perspektif jangka panjang terhadap pasaran dalam portfolio kami yang dipelbagai.

      NIK AMLIZAN MOHAMED

      Ketua Pegawai Eksekutif

      Perutusan Pengerusi

      chairman

      Pihak berkepentingan yang dihormati,

      Dua tahun telah berlalu sejak pandemik melanda dunia, yang menyebabkan satu tempoh yang amat sukar, keadaan ekonomi terkesan dan memaksa individu dan perniagaan untuk segera menyesuaikan diri dengan cabaran yang tercetus akibat pandemik tersebut. Mengimbas kembali, saya yakin akan dua perkara: pertama, COVID-19 dan pelbagai rintangan berkaitan akan terus membentuk kehidupan kita pada masa akan datang; dan kedua, kemampanan adalah satu aspek pembeza yang penting untuk membina daya tahan jangka panjang.

      Datuk Seri Asri Bin Hamidon @ Hamidin

      Pengerusi

      • Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia
        meningkat

        3.1%

        tahun ke tahun

      • Saiz Dana Meningkat
        kepada

        RM
        159.04
        bilion

        pada 31 Disember 2021

      • Peruntukan Aset Kepada Pelaburan Antarabangsa KWAP ialah

        20.0%

        daripada jumlah aset, iaitu sebanyak

        RM
        31.81
        bilion
        Perutusan Pengerusi

        Perutusan Ketua Pegawai Eksekutif

        ceo

        Pihak berkepentingan yang dihormati,

        Kesan pandemik serta pergolakan geopolitik terus menjejaskan kestabilan dunia. Walaupun kita mula menyesuaikan diri dengan cara hidup dan bekerja baharu sepanjang tempoh yang tidak menentu ini, satu perkara yang pasti adalah komitmen teguh KWAP untuk memberikan prestasi jangka panjang dan stabil untuk Dana.

        NIK AMLIZAN MOHAMED

        Ketua Pegawai Eksekutif

        • Pendapatan Pelaburan Kasar
          sebanyak

          RM
          6.33
          bilion

          pada 2021

        • Kadar Pulangan Berwajaran Masa (TWRR)

          5.99%

          bagi Keseluruhan Dana

        • Pembaharuan Perjanjian Agensi Yang Berkuat Kuasa

          dari 1 November 2021 hingga
          30 Oktober 2026

        • Skor SLA Berwajaran Adalah Antara

          94.38%

          hingga

          99.81%

          dengan purata

          98.26%

          Perutusan Ketua Pegawai Eksekutif
          02

          Sorotan Tahun 2021

          Jumlah
          Saiz Dana

          RM
          159.04
          bilion

          Pendapatan
          Kasar
          Pelaburan

          RM
          6.33
          bilion

          Pendapatan
          Bersih
          Pelaburan

          RM
          9.99
          bilion
          03

          Tanggungjawab Sosial Korporat

          Program KWAP Prihatin 2.0 - PPR Raya Permai

          Kami meneruskan dengan inisiatif kedua KWAP Prihatin, yang pertama kali dilancarkan pada tahun 2020 untuk menyokong masyarakat yang terjejas akibat COVID-19. Melalui KWAP Prihatin 2.0 yang dilancarkan pada Mac 2021, kami berusaha untuk meringankan beban dan kesulitan yang dihadapi oleh masyarakat miskin bandar yang terjejas. Segmen masyarakat miskin bandar ini terdiri daripada mereka di bawah kategori kumpulan isi rumah berpendapatan 40% terendah (B40), keluarga yang mempunyai pesara atau anak kurang upaya, dan mereka yang berkemungkinan kehilangan pekerjaan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

          Ketua Pegawai Eksekutif KWAP, Puan Nik Amlizan Mohamed dan barisan pengurusan kanan turut hadir di lokasi untuk menyerahkan bantuan kepada para penerima.

          Program Kasih KWAP

          Sepanjang bulan Ramadhan, kami menjalankan pelbagai aktiviti di bawah inisiatif Kasih KWAP di lokasi yang disasarkan. Aktiviti ini telah disertai oleh sukarelawan KWAP secara aktif. Berikut adalah aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang bulan Ramadhan:

          Pengagihan Kurma

          Sebanyak 1,150 pek kurma telah diedarkan kepada semua kakitangan KWAP dan pesara yang mengunjungi kaunter Khidmat Pelanggan KWAP serta kepada Persatuan Pesara terpilih iaitu PPKM dan KUPEKMAS.

          Tazkirah Ramadhan

          Salah satu daripada acara penting sepanjang bulan Ramadhan pada tahun 2021 adalah Tazkirah Ramadhan. Beberapa penceramah terkenal telah dijemput untuk berkongsi ilmu yang dijalankan secara maya. Ceramah selama satu jam itu dihadiri kira-kira 250 kakitangan KWAP dan topik yang disentuh adalah “Amalan Yang Ditolak” daripada Ustaz Elyas Ismail, “Ramadhan: Sekadar Mencari Pahala” daripada Ustaz Dato’ Daud Che Ngah, “Apa Itu Kebahagiaan” daripada Ustazah Nurhafizah Musa dan “Sifat Riak dan Takabbur” daripada Ustaz Dato’ Badli Shah Alauddin.

          Ihya Ramadhan

          Program Ihya Ramadhan telah dijalankan di dua masjid iaitu Masjid Al-Falah dan Masjid Himmatul Aliyah, yang terletak di Shah Alam. 100 bungkusan bantuan yang diisi barang-barang keperluan telah diedarkan kepada golongan yang memerlukan seperti pesara dan keluarga-keluarga berpendapatan rendah yang telah dikenalpasti oleh pihak jawatankuasa masjid.

          Sebanyak 2,000 bungkus bubur lambuk telah diedarkan kepada jemaah masjid-masjid tersebut selepas solat Tarawih.

          Program Meriah Raya Bersama Anak-Anak Yatim

          Program Meriah Raya telah dijalankan di dua rumah anak yatim iaitu Rumah Bakti Al-Kausar dan Rumah Nur-Ain pada Mei 2021, dengan harapan dapat membawa kegembiraan kepada 60 anak-anak yatim dalam bulan Ramadhan dan persiapan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

          Sukarelawan KWAP telah meluangkan masa bersama anak-anak yatim tersebut serta telah menyampaikan kepada mereka baucar membeli-belah dan duit raya.

          Sambutan Raya Bersama Warga Emas

          Sebagai usaha kesinambungan KWAP terhadap warga emas, KWAP telah menjalankan program Sambutan Raya bersama warga emas di Rumah Ehsan dan Rumah Al-Ikhlas. KWAP telah menderma barangan keperluan serta barang-barang penjagaan kesihatan pada rumah-rumah ini yang dihuni oleh sejumlah 174 penduduk.

          Program KWAP Prihatin 3.0 - Misi Bantuan Banjir

          Hujan lebat pada Disember 2021 yang menyebabkan banjir kilat besar mengakibatkan kerosakan dan kemusnahan kepada rumah dan nyawa. Malangnya, 28 kakitangan KWAP yang tinggal di Lembah Klang turut terjejas teruk dengan keadaan itu. KWAP membantu kakitangan serta ahli keluarga mereka, para pesara dan masyarakat sekeliling. Seramai 40 sukarelawan KWAP telah digerakkan untuk membantu kerja-kerja pembersihan pasca banjir.

          04

          Penglibatan Bersama Pihak Berkepentingan

          • Fasa Ke-2 Aplikasi Mudah Alih MyPesara

            • MyPesara

              Akaun dikhususkan untuk kedua-dua pesara dan pengguna awam dengan kemudahan mengemas kini maklumat

              Muka surat log masuk berasingan bagi pesara dan bukan pesara

            • MyPesara

              Ciri-ciri tambahan dinaik taraf dan interaktif

              Memberikan pengalaman penggunaan yang lebih holistik
              Peluang-peluang untuk pembelajaran dalam talian tentang perancangan kewangan, kesihatan dan persaraan

            • MyPesara

              Ciri-ciri S.O.S Baharu

              Pengenalan butang S.O.S tambahan untuk digunakan ketika situasi kecemasan bagi pesara-pesara dan penjaga-penjaga mereka

            • MyPesara

              Menikmati manfaat program dengan rakan niaga yang istimewa

              Pelbagai butiran eksklusif dan promosi ditawarkan oleh rakan - rakan dagang dan kandungan terpilih
              Semua pengguna MyPesara boleh menikmati manfaat yang ditawarkan

            • Pengguna Aplikasi Mudah Alih MyPesara

              • Dari tahun 2017 - 31 Disember 2021

                168,486

                Muat turun

              • Pengguna Berdaftar

                86,582

                Pesara

                21,181

                Bukan Pesara

              • Demografi Pencen

                • Pesara

                  Penjawat awam di Malaysia yang mencapai umur persaraan dan dilindungi oleh skim pencen Kerajaan

                  Pesara mengikut Jantina


                  demographics

                  Lelaki

                  63%

                  747,956

                  Penerima Pencen

                  demographics

                  Perempuan

                  37%

                • Pecahan Penerima Pencen

                  26%

                  Penerima Derivatif

                  demographics

                  74%

                  Pesara

                • Pesara mengikut Etnik

                  demographics

                  Melayu

                  Cina

                  Bumiputera
                  (selain Melayu)

                  India

                  Lain-lain