Talian Bantuan KWAP
Kami sedia membantu anda

Memilih pilihan...

Memastikan Kesinambungan, Membina Ketahanan

Kepimpinan & Tadbir Urus Kami

MENGUNGGULI JAUH DI HADAPAN

Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (“KWAP”) ditubuhkan pada 1 Mac 2007 di bawah di bawah Akta Kum​pulan Wang Persaraan 2007 (Akta 662) menggantikan Akta Kumpulan Wan​g Amanah Pencen 1991 (Akta 454).

 

Akta Kumpulan Wan​g Amanah Pencen 1991 (Akta 454) telah digubal untuk membantu pembiayaan liabiliti pencen Kerajaan Persekutuan. Dengan  penggubalan Akta ini, Kumpulan Wang Amanah Pencen telah ditubuhkan pada 1 Jun 1991 dengan geran penubuhan sebanyak RM500 juta daripada Kerajaan Persekutuan. Kumpulan Wang ​Amanah Pencen ditadbir oleh Majlis Kumpulan Wang Amanah Pencen di bawah pengurusan Jabatan Akauntan Negara Malaysia yang bertanggungjawab dalam pentadbiran dan pengurusan harian.

 

Dengan penubuhan KWAP, semua kuasa, fungsi, aktiviti, aset dan liabiliti Kumpulan Wang Amanah Pencen diambil alih sepenuhnya oleh KWAP.

Fungsi

  • Pengurusan caruman daripada Kerajaan Persekutuan,Badan Berkanun,Pihak Berkuasa Tempatan dan Agensi- Agensi lain;
  • Pentadbiran, pengurusan dan pelaburan dana dalam ekuiti, sekuriti pendapatan tetap, instrumen pasaran wang dan bentuk-bentuk pelaburan lain yang dibenarkan di bawah Akta Kumpulan Wang Persaraan 2007 (Akta 662); dan
  • Pengurusan dan pembayaran pencen.​

VISI

Untuk menjadi dana persaraan yang dipercayai yang menyokong pembangunan negara dengan memberikan faedah yang mampan secara inovatif.

MISI

Untuk mengoptimumkan pulangan pelaburan dan memberikan perkhidmatan cemerlang dengan menerima pakai amalan terbaik dalam memenuhi komitmen pihak berkepentingan utama.

Objektif

Untuk mencapai pulangan optimum atas pelaburan untuk Dana bagi membantu Kerajaan Persekutuan dalam pembiayaan liabiliti pencennya.

ANUGERAH & PENGIKTIRAFAN

  • DEDIKASI DEMI KECEMERLANGAN
    Prestasi kukuh KWAP secara langsung memanfaatkan para pesara, dan akan terus dikekalkan menerusi prinsip-prinsip pelaburan yang sihat dan bertanggungjawab. Anugerah dan pengiktirafan yang diterima oleh KWAP menggambarkan usaha kami dalam mewujudkan nilai yang lebih tinggi untuk semua pihak berkepentingan kami.

BERUSAHA SEDAYA UPAYA

MEMBANTU RAKYAT MEMBINA KESTABILAN MASA KINI DEMI KETAHANAN MASA HADAPAN

Environmental
ESG

IKUTI PERKEMBANGAN STATUS PENCEN ANDA DENGAN PERSPEKTIF DARIPADA KWAP

Maklum Balas

Pertanyaan

Maklum Balas

Had Muat Naik Fail
  • Saiz lampiran tidak melebihi 2 MB
  • Anda boleh muat naik fail dengan format berikut
    .gif, .jpg, .doc, .txt, .pdf
Laman sesawang ini menggunakan versi terkini terkini Firefox, Chrome dan Safari atau Internet Explorer 10.

langgan sekarang untuk mendapatkan tinjauan terkini kami!

Laman sesawang ini menggunakan versi terkini terkini Firefox, Chrome dan Safari atau Internet Explorer 10.

Kenyataan Tawaran Tender

Cadangan Rangka Kerja ‘Proposal to Develop, Supp...

Cadangan Rangka Kerja ‘Proposal to Develop, Supply, Deliver, Install, Test and Commission Integrated Contribution Management System (iCOMS)’ untuk KWAP

Kenyataan Tawaran Tender

Cadangan penggantian Sistem Pengurusan Sumber Manu...

Cadangan penggantian Sistem Pengurusan Sumber Manusia untuk KWAP

Hubungi Kami
Ikut Kami
Hubungi Kami
Ikut Kami