Skip to main content

Pengurusan Risiko

 
English  |   Login Anggota KWAP Warna Biru Warna Oranye Reset Decrease Font Size Reset Font Size Increase Font Size Pilih teks dan klik di sini untuk pidato
Bahasa Malaysia
Laman Utama
Mengenai KWAP
Korporat
Caruman
Pelaburan
Pengurusan Risiko
Prestasi Perniagaan
Interaktif
Bahasa Malaysia > Pengurusan Risiko > Pages > RiskManagementFramework.aspx  

You are here: Skip Navigation LinksPengurusan Risiko > Rangka Kerja Pengurusan Risiko
 
.................................................
"KWAP mencatatkan ROI Bersih sebanyak 7.34% dan Kadar Pulangan Wajar Masa (TWRR) sebanyak 8.88% pada tahun 2010 "
.................................................
 
Rangka Kerja Pengurusan Risiko
 
Rangka Kerja Pengurusan Risiko
 
Lembaga juga disokong oleh Jawatankuasa Audit yang bertanggungjawab untuk menyediakan penilaian bebas mengenai kecukupan dan ketahanan proses pengurusan risiko dan sistem kawalan dalaman serta pematuhan kepada polisi risiko dan keperluan pihak berkuasa.
Fungsi kawalan dan pengurusan risiko yang berdedikasi dan bebas iaitu Bahagian Pengurusan Risiko dan fungsi audit dalaman bertanggungjawab dalam memastikan rangka kerja dan polisi pengurusan risiko yang diluluskan dilaksanakan dan dipatuhi. Bahagian ini juga bertanggungjawab untuk memudahkan proses pengurusan risiko dengan unit-unit operasi yang merangkumi pengenalpastian risiko, penilaian, mengurangkan dan mengawal selia.
Di barisan hadapan, unit-unit operasi bertanggungjawab mengenal pasti dan menguruskan risiko dalam operasi mereka. Unit-unit operasi juga bertanggungjawab untuk memastikan semua aktiviti harian mematuhi polisi, garis panduan dan prosedur yang telah diluluskan. Salah satu aktiviti utama yang dijalankan pada 2009 oleh unit operasi masing-masing adalah menyemak kawalan dalaman masing-masing untuk memastikan sama ada ia masih relevan dan sesuai. Sebarang perubahan kepada kawalan dalaman didokumenkan di dalam Prosedur Operasi Standard (“SOP”) masing-masing.
Pengurusan Risiko Operasi
 
Risiko operasi adalah risiko kerugian akibat ketidakcukupan atau kegagalan proses dalaman, manusia dan sistem atau peristiwa luar. Tanggungjawab utama bagi menguruskan risiko operasi terletak pada setiap unit operasi. Walau bagaimanapun, pelaksanaan kaedah pengurusan risiko disokong dan dibimbing oleh Bahagian Pengurusan Risiko.
Pada 2009, KWAP melaksanakan Profil Risiko Korporat (“CRP”) di mana risiko yang berkaitan dengan organisasi dikenal pasti dan dianalisis untuk menentukan dedahan risiko dan memudahkan operasi kawalan untuk mengurangkan risiko itu. CRP adalah dokumen dinamik yang diselenggara oleh Bahagian Pengurusan Risiko dengan input daripada unit-unit operasi. CRP di bentangkan kepada RMC secara berkala untuk dibincangkan dan disyorkan bagi memperbaiki amalan pengurusan risiko keseluruhan.
Pengurusan Kesinambungan Perniagaan (“BCM”) merupakan bahagian penting pengurusan risiko operasi yang memerlukan KWAP untuk mempunyai keupayaan dan kecekapan dalaman untuk menangani gangguan operasi yang teruk. Pada 2009, beberapa inisiatif BCM telah dilaksanakan di seluruh organisasi dengan membangunkan Pelan Kesinambungan Perniagaan (“BCP”) dan Pelan Pemulihan Bencana (“DRP”).
Dalam melangkah ke hadapan, beberapa inisiatif lain akan dilaksanakan bagi pengurusan risiko operasi yang merangkumi pembangunan Petunjuk Risiko Utama (“KRI”), pelaksanaan Pengurusan Data Kerugian (“LDM”) dan Penilaian Kendiri Kawalan Risiko (“RCSA”).
Pengurusan Risiko Pasaran
 
Risiko pasaran adalah risiko kerugian akibat pergerakan yang menjejaskan tahap harga pasaran dan kadar aset kewangan. Objektif utama dalam pengurusan risiko pasaran adalah untuk mengurus kesan negatif pergerakan pasaran terhadap pelaburan KWAP. Pelaksanaan dan penguatkuasaan tahap risiko disasarkan ke atas aktiviti pelaburan untuk meminimumkan potensi kerugian.
Pada 2009, KWAP memulakan beberapa usaha untuk membina keupayaan bagi melaksanakan “Value-At-Risk” (“VAR”) dan “Stress Testing”. Bergantung kepada kejayaan pelaksanaan VAR dan Ujian Stres, usaha akan dibuat untuk menjalankan bajet risiko untuk terus mempertingkatkan pengurusan risiko pasaran.
Pengurusan Risiko Kredit
 
Risiko kredit ialah potensi kerugian kewangan akibat kegagalan peminjam atau pihak lain membuat bayaran balik. Objektif utama pengurusan risiko kredit adalah memastikan dedahan risiko kredit dikawal dalam lingkungan yang telah dihadkan oleh KWAP dan keupayaan kewangan untuk bertahan dengan potensi kerugian. Aktiviti pelaburan KWAP berpandukan Polisi dan Garis Panduan Pelaburan yang telah menetapkan polisi kredit dan had pihak lain.
Untuk terus mengukuhkan pengurusan risiko kredit, Polisi Kredit dan Pihak Lain yang khusus akan dibentuk. Selain itu, keupayaan menganalisis kredit akan dibangunkan secara berperingkat dan diperbaiki melalui pengambilan penganalisis kredit berkelayakan dan pelaksanaan sistem maklumat pengurusan yang dipertingkatkan.
Kesedaran Risiko and Latihan
 
Pembelajaran yang berterusan adalah penting kepada KWAP kerana persekitaran operasi sering berubah. KWAP sedar akan kepentingan mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang relevan untuk menguruskan pelbagai risiko yang terdedah kepada KWAP. Dalam menyemai kesedaran risiko dalam organisasi, beberapa aktiviti telah dijalankan sepanjang 2009.
Dua bengkel pengurusan risiko bagi semua peringkat pengurusan telah diadakan untuk mendedahkan kepada mereka pelbagai topik pengurusan risiko. Satu daripada topik utama yang diperbincangkan adalah pelaksanaan metrik risiko untuk memudahkan pengurusan risiko pasaran.
Selain itu, artikel berkaitan risiko atau maklumat diedarkan dari masa ke semasa kepada kakitangan melalui penerbitan buletin KWAP.
Rangka Kerja Pengurusan Risiko
Pengurusan Risiko Operasi
Pengurusan Risiko Pasaran
Pengurusan Risiko Kredit
Kesedaran Risiko and Latihan