Skip to main content

Pengurusan Risiko

 
English  |   Login Anggota KWAP Warna Biru Warna Oranye Reset Decrease Font Size Reset Font Size Increase Font Size Pilih teks dan klik di sini untuk pidato
Bahasa Malaysia
Laman Utama
Mengenai KWAP
Korporat
Caruman
Pelaburan
Pengurusan Risiko
Prestasi Perniagaan
Interaktif
Bahasa Malaysia > Pengurusan Risiko > Pages > RMCD.aspx  

You are here: Skip Navigation LinksPengurusan Risiko > Pengurusan Risiko Efektif
 
.................................................
"KWAP mencatatkan ROI Bersih sebanyak 7.34% dan Kadar Pulangan Wajar Masa (TWRR) sebanyak 8.88% pada tahun 2010 "
.................................................
 
Pengurusan Risiko Yang Efektif

Pengurusan risiko yang efektif disasarkan sejajar dengan evolusi dan perkembangan KWAP. Sasaran ini berteraskan 3 prinsip utama iaitu; infrastruktur, modal insan dan rangka kerja.

 
   
(Klik pada imej untuk paparan yang lebih besar)
 
Infrastruktur : sistem dan proses
"membina sistem dan proses yang jitu untuk menjana pengurusan risiko yang efisien dan efektif"
 
  • Kunci untuk efisien dan efektif adalah dengan mengguna teknologi melalui prasarana ICT yang memenuhi kehendak organisasi. Ini merangkumi sistem penjanaan “risk measures”, pelaporan dan pemantauan.
  • Melengkapkan prasarana sistem ICT di KWAP dengan aliran proses yang efisien merangkumi pengenalpastian risiko, “risk measurement”, pemantauan dan mitigasi.
 
Modal Insan
"mereka yang berkebolehan melaksanakan yang terbaik"
  • Merekrut tenaga manusia yang sesuai bagi memacu pengurusan risiko KWAP. Ini bukan saja melibatkan perekrutan serta latihan teknikal untuk memastikan warga kerja dinamik, berwawasan dan berprestasi tinggi. Perencanaan suksesi dan latihan rentas disiplin merupakan kunci untuk menjamin kesinambungan pengurusan risiko di KWAP.
  • Melatih warga kerja KWAP untuk menerapkan budaya “pengurusan risiko”. Ini dilakukan melalui seminar “pengurusan risiko” serta latihan teknikal bagi warga KWAP di semua peringkat organisasi.
 
Rangka Kerja Dan Polisi
"Menetapkan peraturan dengan jelas dan nyata"
  • Rangka kerja risiko dan polisi-polisi sampingan yang didokumentasikan dengan baik adalah sangat penting untuk menjelaskan kepada semua pihak yang mempunyai kepentingan (“stakeholders”) akan cara perniagaan dilakukan. Ini untuk memberi kefahaman tentang kaedah-kaedah penting pengurusan risiko di KWAP.
  • Pengurusan risiko bergandingan dengan pengurusan pelaburan untuk mencapai tujuan jangka panjang dan jangka pendek. Pengurusan Risiko adalah rakan penting dalam menetapkan dan mencapai matlamat organisasi.
  • Sasaran pulangan diunjur sejajar dengan batas-batas risiko untuk memastikan profil pulangan yang sesuai dengan risiko yang dihadapi.