|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Alokasi Aset Strategik
KWAP menggunakan Alokasi Aset Strategik (SAA) sebagai elemen utama dalam proses mengambil keputusan pelaburan. SAA yang sesuai adalah penting dalam penyusunan dana kepada kelas-kelas aset yang menunjukkan keseimbagan risiko dan pulangan yang paling optimal. |
|
|
|
Prestasi Perniagaan
Dalam memastikan keberkesanan proses membuat keputusan pelaburan, prestasi dana perlu kerap diukur. Selain itu, keupayaan memiliki semakan prestasi yang menyeluruh juga penting dan untuk itu, prestasi diukur berasaskan pendapatan direalisasi dan secara relatif dengan penanda aras yang berkaitan. |
|
|
|
Pengurusan Risiko
Pengurusan pelaburan dikaitkan dengan risiko kewangan dan operasi. Risiko yang
paling ketara termasuklah risiko pasaran, risiko kredit dan risiko operasi.
KWAP percaya salah satu faktor kejayaan dalam pengurusan pelaburan adalah keupayaan
mengenal pasti, menganalisis dan menguruskan risiko tepat pada waktunya.
|
|
|
|
|
|
 |
 |
 |
 |
|