Skip to main content

Pelaburan

 
  |   Login Anggota KWAP Warna Biru Warna Oranye Reset Decrease Font Size Reset Font Size Increase Font Size Pilih teks dan klik di sini untuk pidato
Bahasa Malaysia
Laman Utama
Mengenai KWAP
Korporat
Caruman
Pelaburan
Pengurusan Risiko
Prestasi Perniagaan
Interaktif
Bahasa Malaysia > Pelaburan > Pages > InvestmentPolicyandGuidelines.aspx  

You are here: Skip Navigation LinksBahasa Malaysia > Pelaburan
 
.................................................
"KWAP mencatatkan ROI Bersih sebanyak 7.34% dan Kadar Pulangan Wajar Masa (TWRR) sebanyak 8.88% pada tahun 2010 "
.................................................
 
Dasar dan Garis Panduan Pelaburan (IPG)
 
Secara amnya, Dasar dan Garis Panduan Pelaburan (IPG) KWAP adalah sebuah dokumen yang mengandungi panduan lanjut dan dasar utama berkaitan melibatkan proses membuat keputusan pelaburan. Antara aspek utama yang terkandung di dalam IPG termasuk kelas-kelas aset yang dibenarkan, Pengagihan Aset Strategik, tanda aras prestasi pelaburan dan had taktikal.
 
Berikut adalah objektif utama IPG. Kami hanya dibenarkan memaparkan sebahagian daripada dokumen tersebut kerana kandungan IPG adalah sensitif.
 
  • Objektif Dasar dan Garis Panduan Pelaburan (IPG) adalah untuk mendokumenkan polisi serta garis panduan yang telah di rumus berkaitan aktiviti pelaburan KWAP. Ia bertujuan untuk digunakan sebagai dokumen kerja bagi memudahkan semua aspek berkenaan pengurusan dana secara berhemah.
  • Skop IPG merangkumi semua aktiviti pelaburan yang dibenarkan di bawah Akta Kumpulan Wang Persaraan 2007 (Akta 662).
  • IPG perlu diluluskan oleh Panel Pelaburan dan Lembaga.
  • Semua pengurus KWAP dikehendaki mematuhi setiap dasar, garis panduan dan had serta falsafah yang terkandung dalam dokumen termasuk sebarang pindaan yang berkenaan
  • IPG akan dikaji dan dikemas kini sekurang-kurangnya sekali setahun.
  • Dokumen IPG adalah untuk rujukan dalaman sahaja