Skip to main content

Pelaburan

 
  |   Login Anggota KWAP Warna Biru Warna Oranye Reset Decrease Font Size Reset Font Size Increase Font Size Pilih teks dan klik di sini untuk pidato
Bahasa Malaysia
Laman Utama
Mengenai KWAP
Korporat
Caruman
Pelaburan
Pengurusan Risiko
Prestasi Perniagaan
Interaktif
Bahasa Malaysia > Pelaburan > Pages > AssetAllocation.aspx  

You are here: Skip Navigation LinksBahasa Malaysia > Pelaburan
 
.................................................
"KWAP mencatatkan ROI Bersih sebanyak 7.34% dan Kadar Pulangan Wajar Masa (TWRR) sebanyak 8.88% pada tahun 2010 "
.................................................
 
Pengagihan Aset Strategik (SAA)
 
Mengapakah ia penting?
 
KWAP telah menjadikan Pengagihan Aset Strategik (SAA) sebagai elemen utama dalam membuat keputusan pelaburan. SAA yang sesuai adalah kritikal bagi pelaburan dana dalam kelas-kelas aset yang mempunyai nisbah risiko–pulangan yang paling optimal. Ia telah sedia maklum dan terbukti secara empirikal bahawa pengagihan aset merupakan pemacu utama prestasi pelaburan berbanding pemasaan pasaran (market timing) dan pemilihan sekuriti (security selection). KWAP berhasrat untuk terus meningkatkan pemahaman mengenai SAA dengan mengambil kira evolusi amali dan dinamik konsep itu sendiri.
 
 
Kelas Aset Yang Dibenarkan
 
Panel Pelaburan hendaklah, tertakluk kepada apa-apa sekatan atau batasan yang boleh dikenakan mengikut apa-apa arahan yang dikeluarkan di bawah subseksyen 7(4), melaburkan Kumpulang Wang;
 
  • Sebagai deposit dalam bank Negara Malaysia, mana-mana bank atau institutsi kewangan yang sewajarnya sebagaimana yang ditakrifkan di bawah Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 (Akta 372) mana-mana institusi kewangan pembangunan sebagaimana yang ditakrifkan di bawah Akta Institusi kewangan pembangnan 2002 (Akta 618) , mana-mana bank Islam di bawah Akta Bank Islam 1983 (Akta 276) dan mana-mana bank atau institusi kewangan yang sewajarnya di luar Malaysia dalam apa-apa mata wang termasuk ringgit;
  • Dalam surat cara pasaran wang, termasuk bil perbendaharaan, penerimaan jurubank dan perakuan deposit dalam apa-apa mata wang termasuk ringgit;
  • Dalam pinjaman, atas terma yang menguntungkan Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan), kepada Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan mana-mana Negeri di Malaysia tertakluk kepada Perkara 111 Perlembagaan Persekutuan
  • Dalam pinjaman, atas terma yang menguntungkan Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan), berkenaan dengan mana-mana pihak berkuasa awam atau perbadanan yang Kerajaan Persekutuan mempunyai kepentingan dalamnya;
  • Dalam pinjaman, atas terma yang menguntungkan Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) berkenaan dengan mana-mana Syarikat;
  • Dalam bon, nota perdagangan, sekuriti hutang persendirian, nota janji hutang dan bil pertukaran mengikut pengertian Akta Bil Pertukaran 1949 (Akta 204) dan surat cara boleh niaga lain yang serupa jenis atas terma yang menguntungkan Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) berkenaan dengan mana-mana syarikat atau perbadanan;
  • Dalam bon, nota perdagangan, sekuriti hutang persendirian, nota janji hutang dan bil pertukaran mengikut pengertian Akta Bil Pertukaran 1949 dan surat cara boleh niaga lain yang serup ajenis atas terma yang menguntungkan dengan mana-mana pihak Berkuasa awam atau perbadanan yang Kerajaan Persekutuan mempunyai kepentingan dalamnya;
  • Dalam pemerolehan atau langganan syer atau debenture dalam mana-mana syarikat awam yang sekuritinya disenaraikan atau telah diluluskan untuk disenaraikan di bursa saham Malaysia, terbitan atau jualan yang telah diluluskan di bawah Akta Perindustrian Sekuriti 1983 (Akta 280);
  • Dalam sekuriti syarikat atau perbadanan yang tidak disenaraikan dan disebut dalam mana-mana bursa saham yang ditubuhkan di Malaysia dengan syarat bahawa jumlah amaun wang yang dilaburkan sedemikian dlama mana-mana satu syarikat atau perbadanan tidak lebih daripada tiga puluh peraturs daripada jumlah amaun dana pemegang syer bagi perusahaan itu pada masa pelaburan melainkan jika kelulusan bertulis terdahulu Menteri telah diperoleh untuk melabur dalam lebihan peratusan itu;
  • Dalam pemerolehan harta alih atau harta tak alih dan kepentingan dalamnya;
  • Dalam apa-apa pelaburan lain dengan kelulusan Menteri.
Proses
 
Secara amnya, proses bermula dengan mengumpulkan pandangan serta arah tuju strategik di peringkat Lembaga. Biasanya, pandangan dasar kemudiannya diolah menjadi objektif pelaburan dana. Ini seterusnya disampaikan kepada proses pelaburan untuk membentuk Objektif dan Falsafah Pelaburan keseluruhan KWAP. Objektif ini digabungkan dengan dana keselarasan risiko menjadi penyokong utama matlamat pelaburan dan proses pengagihan dana. Begitu pun, sebagai badan berkanun, persetujuan serta pertimbangan daripada pihak yang berkepentingan merupakan pra syarat utama.
Mekanisma di sebalik proses pengagihan asset (SAA) adalah berdasarkan kepada teknik ‘optimization’ Markowitz dan ‘CAPM Efficient Frontier’. Walaubagaimanapun, pemikiran yang membantu proses tersebut turut mengambil kira elemen-elemen berbentuk subjektif supaya ia bersifat lebih fleksibel. Harus ditekankan bahawa proses yang dilengkapi oleh unsur-unsur kualitatif adalah di antara faktor-faktor yang dapat membantu di dalam membuat keputusan.
Proses ‘optimization’ melibatkan proses yang diulangi supaya SAA tersebut menggambarkan pandangan jangka-panjang. Andaian-andaian yang diambil juga mengambil kira unjuran pulangan dan risiko untuk setiap aset kelas dan turut melibatkan korelasi di antara aset-aset tersebut. Andaian-andaian ini atau lebih dikenali sebagai ‘Capital Market Assumptions’ memberi landasan kuantitatif untuk proses ‘optimization’.
Semakan
 
Memandangkan sifat pasaran kewangan dan modal yang dinamik, KWAP perlu menyemak semula SAA secara berkala, Ini bagi memaklumkan Lembaga dan Panel Pelaburan mengenai impak terhadap prestasi pelaburan , objektif dan strategi akibat dari isu, haluan dan implikasi yang mungkin timbul daripada pergerakan setiap kelas. Di dalam situasi di mana pergerakan pasaran mengakibatkan pengagihan aset semasa tersasar dari kedudukan yang dikehendaki, atas sebab fleksibiliti, KWAP boleh menggunakan had atau julat yang dibenarkan. KWAP percaya bahawa konsep SAA ini perlu dilihat secara menyeluruh dan realistik (di dalam batasan), dan sekiranya perlu, membuat perubahan dari masa ke masa bagi mempertingkatkan mobiliti dan keupayaan dananya untuk meningkatkan pulangan tanpa mengambil risiko di luar keupayaan.
Pertalian dengan Liabiliti dan Risiko
 
Memandangkan KWAP masih belum dipertanggungjawabkan untuk mengambil alih bayaran liabiliti pencen, SAA yang digubal adalah selaras dengan objektif semasa untuk pertumbuhan dana dan memaksimumkan pulangan. Walaubagaimanapun, KWAP sedar akan tanggungjawab dan sentiasa mengambil langkah bagi menghubungkaitkan seluruh proses pelaburan dengan penilaian semasa status liabiliti dana. Ini merupakan aspek penting dalam proses keseluruhan kerana ia memperjelaskan serta menyediakan arah tuju am kepada rangka kerja pengurusan risiko dan parameter operasi KWAP.
Pelan Induk Peralihan
 
SAA merupakan titik pusat dalam merumuskan Pelan Induk Peralihan. Pelan ini menjelaskan peralihan kedudukan semasa dana dan menyediakan arah tuju am untuk mencapai SAA. Proses peralihan mengambil masa 3 tahun bergantung kepada semakan semula yang dibuat secara berkala. Walaubagaimanapun, KWAP mengakui kesukaran dalam melaksanakan peralihan ke SAA yang baru, tetapi pada masa yang sama menganggap ia sebagai titik tolak penting dari perspektif kami.SAA merupakan titik pusat dalam merumuskan Pelan Induk Peralihan. Pelan ini menjelaskan peralihan kedudukan semasa dana dan menyediakan arah tuju am untuk mencapai SAA. Proses peralihan mengambil masa 3 tahun bergantung kepada semakan semula yang dibuat secara berkala. Walaubagaimanapun, KWAP mengakui kesukaran dalam melaksanakan peralihan ke SAA yang baru, tetapi pada masa yang sama menganggap ia sebagai titik tolak penting dari perspektif kami.
 
Mengapakah Ia Penting?
Proses
Semakan
Pertalian dengan Liabiliti dan Risiko
Pelan Induk Peralihan