Skip to main content

Pendapatan Tetap

 
  |   Login Anggota KWAP Warna Biru Warna Oranye Reset Decrease Font Size Reset Font Size Increase Font Size Pilih teks dan klik di sini untuk pidato
Bahasa Malaysia
Laman Utama
Mengenai KWAP
Korporat
Caruman
Pelaburan
Pengurusan Risiko
Prestasi Perniagaan
Interaktif
Bahasa Malaysia > Pelaburan > Pendapatan Tetap > Pages > default.aspx  

You are here: Skip Navigation LinksPelaburan > Pendapatan Tetap
 
.................................................
"KWAP mencatatkan ROI Bersih sebanyak 7.34% dan Kadar Pulangan Wajar Masa (TWRR) sebanyak 8.88% pada tahun 2010 "
.................................................
 
Pendapatan Tetap
 
Mengenai Jabatan Pendapatan Tetap
 
Pendapatan Tetap seperti sekuriti kerajaan, bon korporat dan deposit jangka pendek merangkumi sekitar 70-73% dari jumlah portfolio pelaburan KWAP. KWAP bergiat aktif dalam pasaran modal primer dan sekunder di Malaysia.
 
Objektif utama kami sebagai pengurus dana pendapatan tetap ialah memilih instrumen pelaburan yang menawarkan pulangan terbaik yang meminimumkan risiko dan memaksimumkan pulangan ke atas portfolio pelaburan dalam pelbagai keadaan pasaran.
 
Objektif strategik kami ialah untuk menandingi penanda aras selaras dengan tahap risiko dan menepati Polisi dan Garis Panduan Pelaburan KWAP.
 
Jabatan ini telah melancarkan beberapa inisiatif bagi memantapkan strategi dan mengukuhkan lagi proses pelaburan untuk membolehkan langkah proaktif diambil dalam mengurus pelaburan pendapatan tetap dan penganalisisan kredit pelaburan. Salah satu daripada inisiatif ini adalah program Institutional Securities Custodian Program (ISCAP) yang bertujuan mempertingkatkan dagangan pasaran bon dan seterusnya meningkatkan pendapatan KWAP. Selain itu, proses penilaian kredit pendapatan tetap telah dirangka untuk meminimumkan risiko dan memaksimumkan pulangan ke atas portfolio pelaburan.
 
Strategi jabatan dirangka untuk mempelbagaikan dan memantapkan portfolio pelaburan dengan :
 
  • Membina portfolio berlandaskan Polisi dan Garis Panduan Pelaburan KWAP;
  • Mengenal pasti tema pelaburan makro yang merangsang pasaran pendapatan tetap dan member keutamaan kepada tempoh, keluk pulangan dan sektor tertentu;
  • Membangunkan sistem penilaian dan pemarkahan sendiri;
  • Pengagihan risiko menerusi analisis kuantitatif untuk memaksimumkan kecekapan pelaburan.
Prestasi
 
Walaupun 2010 merupakan tahun yang mencabar memandangkan Bank Negara Malaysia (BNM) telah menaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) secara keseluruhannya sebanyak 75 mata asas dari paras terendah iaitu 2.00% kepada 2.75%, jumlah pelaburan KWAP dalam pendapatan tetap meningkat kepada RM51.69 bilion atau mewakili sebanyak 75% dari jumlah saiz dana KWAP. Ini merupakan peningkatan sebanyak 16% untuk pelaburan dalam dana palaburan pendapatan tetap berbanding dengan RM44.57 bilion pelaburan dalam tahun 2009.

Jumlah pendapatan pelaburan yang dijana berjumlah RM2.1 bilion atau mewakili 45.9% daripada jumlah pendapatan pelaburan KWAP. Ini mewakili peningkatan pendapatan pelaburan sebanyak 18.3% (2009: RM1.8 bilion). Keseluruhannya, Kadar Pulangan Pelaburan (ROI) pada tahun 2010 mencatat prestasi memuaskan pada kadar pulangan 4.43%, lebih tinggi berbanding purata kadar pulangan Sekuriti Kerajaan Malaysia (SKM) 10 tahun. Bagi tempoh Januari-Jun 2011, jumlah pendapatan pelaburan telah meningkat kepada RM1.1 bilion manakala jumlah pegangan pelaburan berjumlah RM49.9 bilion.
 
FusionCharts

FusionCharts

FusionCharts
* Perangkaan bagi tahun 2010 tidak diaudit dan tertakluk kepada perubahan. Bersandarkan kepada Pengagihan Asset Strategi baru KWAP, kertas komersial diklasifikasikan di bawah deposit pasaran kewangan manakala sekuriti separa-kerajaan diklasifikasi sebahagian daripada Sekuriti Kerajaan Malaysia berkuatkuasa daripada 1 Januari 2010.
Pengagihan Aset Pendapatan Tetap
 
Matlamat pengagihan aset Pendapatan Tetap adalah untuk menghasilkan kombinasi pelaburan atau kelas aset yang pelbagai denga potensi tambah nilai modal dan pulangan kadar faedah tinggi pada tahap risiko yang munasabah serta mengurangkan ketidakpastian dalam persekitaran pasaran yang berbeza.

Portfolio Pendapatan Tetap KWAP merangkumi 4 kelas aset utama iaitu deposit pasaran wang, bon korporat, pinjaman dan sekuriti kerajaan.
   
( gerakkan tetikus and klik pada imeg untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai setiap kelas aset)
 
Web Rate
Kadar Pasaran - Pasaran Wang
FusionCharts
FusionCharts
FusionCharts
Kadar Pasaran - Sekuriti Kerajaan Malaysia
FusionCharts
FusionCharts
Kadar Pasaran - Sekuriti Hutang Swasta
FusionCharts
FusionCharts
Mengenai Jabatan Pendapatan Tetap
Kelas Aset Pendapatan Tetap
Prestasi
Kadar Pasaran - Pasaran Wang
Kadar Pasaran - Sekuriti Kerajaan Malaysia
Kadar Pasaran - Sekuriti Hutang Swasta