Skip to main content

Ekuiti

 
  |   Login Anggota KWAP Warna Biru Warna Oranye Reset Decrease Font Size Reset Font Size Increase Font Size Pilih teks dan klik di sini untuk pidato
Bahasa Malaysia
Laman Utama
Mengenai KWAP
Korporat
Caruman
Pelaburan
Pengurusan Risiko
Prestasi Perniagaan
Interaktif
Bahasa Malaysia > Pelaburan > Ekuiti > Pages > default.aspx  

You are here: Skip Navigation LinksPelaburan > Ekuiti
 
.................................................
"KWAP mencatatkan ROI Bersih sebanyak 7.34% dan Kadar Pulangan Wajar Masa (TWRR) sebanyak 8.88% pada tahun 2010 "
.................................................
 
Ekuiti
 
Mengenai Ekuiti
 
Pelaburan ekuiti merujuk kepada aktiviti pembelian, pemegangan dan penjualan syer syarikat-syarikat awam yang tersenarai atau akan disenaraikan di Bursa Malaysia. Aktiviti ini dikawal selia oleh Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007, Akta KWAP 2007 dan Polisi & Garis Panduan Pelaburan KWAP (IPG).

Sebagai salah satu kelas aset terpenting, peranan pelaburan ekuiti adalah besar dalam menjana sebahagian besar daripada pendapatan pelaburan KWAP. Secara umumnya, pelaburan KWAP dalam ekuiti terbahagi kepada dua kategori utama; Ekuiti Dalaman dan Ekuiti Luaran. Ekuiti Dalaman diuruskan oleh pengurus dana ekuiti di kalangan kakitangan KWAP manakala Ekuiti Luaran pula diuruskan oleh pengurus dana luaran daripada syarikat-syarikat pengurusan aset yang dilantik.
Portfolio
 
Peruntukan/Agihan Untuk Aset Kelas Ekuiti
Ekuiti Dalaman terdiri daripada 21.9% daripada keseluruhan nilai pasaran dana KWAP. Ketika ini, keseluruhan peruntukan ini dilaburkan dalam pasaran domestik meliputi sebahagian besar sektor yang tersenarai di Bursa Malaysia.
Pengagihan Sektor
Berdasarkan keyakinan bahawa pemilihan sektor yang betul merupakan kunci asas kepada prestasi cemerlang, penganalisis dan pengurus dana kami sentiasa berkerjasama untuk menentukan peruntukan yang optimum bagi setiap sektor. Ketika ini, peruntukan yang terbesar adalah dalam sektor Bank/Kewangan (22.0%), diikuiti sektor Telekomunikasi (13.2%), Minyak & Gas (12.8%), dan Perladangan (12.1%). Pendedahan strategik kepada sektor-sektor ini membolehkan portfolio ekuiti KWAP meraih faedah daripada potensi jangka panjang setiap sektor. Walau bagaimanapun, penganalisis KWAP sentiasa memantau perkembangan sektor-sektor ini bagi memastikan asas pelaburan setiap sektor adalah kukuh.
 
Sila klik untuk besarkan imej
 
 
Gaya Pengagihan
Dalam proses membina portfolio, kami sentiasa berusaha untuk mengimbangkan Dividen, Pertumbuhan dan Nilai. Walaupun dalam sesetengah keadaan, sesuatu stok itu mungkin termasuk di dalam lebih daripada satu kategori, sifat yang lebih dominan akan diambilkira dalam menentukan kategori stok tersebut. Agihan terkini di antara ketiga-tiga kumpulan stok ini, seperti yang diukur oleh peratusan nilai pasaran masing-masing adalah seperti berikut:
 
Pemelbagaian Antarabangsa
Menyedari kepentingan untuk mempelbagaikan pelaburan, rancangan telah dirangka untuk meneroka pasaran antarabangsa dalam tempoh 2 hingga 3 tahun akan datang. Sekiranya berjaya dilaksanakan, faedah akan dapat diraih dalam bentuk pengurangan profil risiko secara berkesan. KWAP telah mengambil langkah menghantar kakitangan pelaburan menghadiri kursus dan juga latihan industri bagi melengkapkan mereka dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan sebelum mengambil cabaran untuk mengurus dana portfolio asing.
 
 
Undian Proksi
KWAP terlibat secara aktif dalam menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) dan Mesyuarat Agung Luarbiasa (EGM) untuk mengundi sama ada menyokong atau tidak cadangan yang dikemukakan oleh syarikat-syarikat yang berkenaan. Keputusan pengundian ini akan ditentukan oleh Panel Pelaburan atau Ketua Pegawai Eksekutif sendiri, bergantung sejauh mana signifikan keputusan tersebut ke atas kedudukan kewangan syarikat yang terlibat. Kebiasaannya, KWAP akan melantik sekurang-kurangnya dua orang wakil untuk menghadiri mesyuarat ini dan mengundi bagi pihak KWAP. Jadual di bawah menunjukkan 10 mesyuarat yang terkini yang dihadiri oleh KWAP:
 
Tarikh Stok Keterangan Kehadiran
Ya Tidak
8-6-2010 Genting Plantations AGM  
11-6-2010 Wah Seong Corp Berhad AGM  
15-6-2010 Maxis Berhad AGM & EGM  
17-6-2010 UMW Holdings Berhad AGM  
22-6-2010 Kossan Rubber Industries Bhd AGM & EGM  
22-6-2010 Axiata Group Berhad AGM  
24-6-2010 Top Glove Corporation Bhd EGM  
28-6-2010 Time DotCom Berhad AGM  
7-7-2010 Fraser & Neave Holdings Bhd EGM  
Pendekatan Kami
 
Di KWAP, kami berusaha mendapatkan pulangan pelaburan yang tinggi bagi memenuhi kehendak dan objektif pihak yang berkaitan secara langsung dengan KWAP. Ini dilakukan dengan mewujudkan portfolio yang efisien dan dikawal sepenuhnya oleh proses pelaburan yang dirangka secara terperinci. Portfolio pelaburan ini juga dikawalselia oleh mandat, parameter pelaburan dan rangka pengurusan risiko yang telah ditentukan Portfolio pelaburan ini kemudiannya diawasi secara dekat terutamanya dalam keadaan ekonomi dan lenggok pasaran yang sentiasa berubah-ubah. Ini bagi memastikan dasar pelaburan sentiasa terpelihara dan tidak berubah.
Di dalam pelaburan ekuiti, kami menekankan pengurusan aktif. Berasaskan kepercayaan bahawa pasaran sentiasa dalam keadaan yang tidak efisien, pengurus dana dan penganalisis sentiasa berkerjasama dalam meneliti peluang-peluang pelaburan jangka panjang yang diniagakan di bawah nilai saksama (fair value). Kami percaya bahawa pulangan yang dijana oleh portfolio yang dibentuk berdasarkan aset-aset yang diniagakan di bawah nilai saksama ini akan melebihi pulangan pasaran secara purata.
Sila klik untuk besarkan imej
Sebagai sebuah dana persaraan, kami lebih cenderung untuk memilih syarikat-syarikat yang mempunyai asas yang kukuh dari segi prospek perniagaan jangka panjang, pendapatan boleh ramal, pasukan pengurusan yang kukuh, rekod pendapatan yang baik serta pengurusan korporat yang teratur. Pada kebiasaannya, kecenderungan ini akan membawa kepada pemilihan kaunter-kaunter yang mempunyai rekod pembayaran dividen yang cemerlang.
Syarikat-syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia biasanya akan melalui proses penyaringan yang ketat oleh pasukan penganalisis pelaburan kami. Syarikat-syarikat yang terpilih akan diletakkan di dalam senarai saham yang diluluskan, yang secara tidak langsung merupakan senarai kaunter-kaunter yang layak diniagakan oleh pengurus dana. Kini terdapat lebih kurang 70 kaunter saham terpilih yang berada dalam senarai saham yang diluluskan. Bilangan ini dijangka akan bertambah dari masa ke masa berdasarkan saiz kumpulan penganalisis, sesuai dengan hasrat untuk meluaskan liputan analisis ke atas syarikat-syarikat serantau.
Objektif Pelaburan Ekuiti
 
Objektif pelaburan ekuiti adalah:
 
 
  • Untuk mencapai paras optimum di mana risiko diminimumkan manakala pulangan dimaksimumkan.
  • Untuk mencapai pendapatan yang stabil dan berterusan menerusi penerimaan dividen daripada syarikat-syarikat yang dilaburkan.
  • Untuk mencapai pertumbuhan modal menerusi peningkatan nilai syer syarikat-syarikat yang dilaburkan.

Penyelidikan Pelaburan
 
KWAP berbangga memiliki kemudahan penyelidikan sendiri untuk kemudahan mendapatkan maklumat terperinci dan terkini sesebuah syarikat yang dilaburkan. Sebelum ini, Jabatan Penyelidikan beroperasi secara berasingan tetapi kini, operasinya telah diserap masuk ke dalam Jabatan Ekuiti sebagai langkah memperkemaskan operasi dan pengaliran maklumat. Integrasi yang dilakukan pada akhir tahun 2008 ini tidak menghalang para penganalisis daripada memiliki autonomi penuh dalam penganalisisan mereka dan memberi pandangan serta pengesyoran malahan ia telah berjaya memperbaiki keselarasan dan koordinasi antara penganalisis serta pengurus dana. Ini dapat dilihat dari peningkatan tahap kecekapan dan keberkesanan dalam proses membuat keputusan pelaburan.
 
 
Ketepatan analisis serta kepantasan komunikasi merupakan ciri terpenting penyelidikan pelaburan KWAP. Dengan matlamat untuk menjadi yang pertama dalam menerima maklumat, penganalisis dan pengurus dana dilengkapi kemudahan teknologi terkini untuk membantu melancarkan kerja penyelidikan. Kemudahan Bloomberg, Reuters dan Datastream adalah antara sistem yang digunapakai oleh para penganalisis dalam menjalankan kajian terhadap syarikat yang dipertanggungjawabkan kepada mereka. Penganalisis kami membina model pendapatan yang ekslusif bagi membantu mereka membuat ramalan tepat ke atas pendapatan sesebuah syarikat.
 
 
Selain itu, kumpulan penganalis kami juga menyimpan satu set ‘Portfolio Contoh’ yang menjadi penanda aras bagi pengurus portfolio. Setiap kewajaran (weightage) yang diberikan kepada sesuatu saham dalam Portfolio Contoh itu mencerminkan pandangan penganalis serta analisis terhadap dasar prospek saham tersebut dan pandangan sektor.
 
 
Prestasi
 
KWAP memberi perhatian yang tinggi terhadap pencapaian prestasi sebagai memenuhi aspirasi untuk menjadi organisasi berprestasi tinggi. Pemerhatian khusus yang diberikan kepada pengukur-pengukur prestasi yang ditentukan membolehkan kami menilai sejauh mana prestasi yang telah dicapai dalam pelaburan ekuiti.
 
KWAP memberi penekanan yang khusus terhadap 2 pengukur prestasi yang penting; Return on Investment atau ROI mengukur pulangan pelaburan terealisasi berbanding purata dana yang dilaburkan, manakala, Total Return yang diukur oleh Kadar Pulangan Terwajar Masa’ (TWRR) pula menunjukkan kadar pulangan keseluruhan portfolio termasuk pulangan terealisasi dan pulangan tidak terealisasi.
 
Dengan mengukur Total Return atau pulangan keseluruhan, prestasi portfolio berbanding penanda aras yang ditentukan akan dapat dinilai dengan lebih berkesan. Pengukur prestasi lain yang digunakan adalah seperti kadar dividen portfolio berbanding penanda aras, beta portfolio, nisbah Sharpe, nisbah maklumat dan tracking error.
 
Metrik Prestasi
Klik gambarajah dibawah untuk maklumat lanjut berhubung Metrik Prestasi
Prestasi Asas
Pengurusan Aktif
Berkaitan Kelas Aset
Kadar Pulangan Pelaburan   Pulangan Keseluruhan   Sisihan Standard
  • Mengukur perolehan direalisasi ke atas purata dana yang dilaburkan.

 

  • Mencatatkan pendapatan pelaburan dan perolehan modal belum direalisasi.
  • Pelaksanaan standard FRS diperlukan.
  • Mengukur risiko pulangan.
  • Membolehkan penganggaran pulangan selaras dengan risiko.
Nisbah Sharpe        
  • Mengukur pulangan lebihan ke atas bebas risiko seunit.
  • Membolehkan penilaian portfolio keseluruhan
       
Pulangan Aktif   Risiko Aktif/
Menjejak Kesilapan
  Nisbah Informasi
  • Pulangan ke atas penanda aras.
  • Mengumpulkan kesan pengurusan positif atau negatif.
 
  • Mengukur risiko pulangan aktif

 

 
  • Mengukur lebihan pulangan ke atas penanda aras seunit bagi risiko aktif
  • Membolehkan penilaian TAA dan pengurus.
         
         
Beta   Jangkamasa dan kecembungan   Kadar Pulangan Dalaman
  • Mengukur kepekaan portfolio ekuiti terhadap pergerakan pasaran
  • Mengukur kepekaan
    • Harga bon ke atas perubahan kadar faedah
    • Jangkamasa bagi perubahan kadar faedah
  • Metrik ekuiti swasta yang paling kerap digunakan
  • Mengukur kadar pulangan pertumbuhan majmuk ke atas pelaburan
Penilaian Pembrokeran
 
Polisi & Garis Panduan Pelaburan KWAP (IPG) menetapkan penilaian pihak Panel Broker Saham atau Counterparty dibuat sekurang-kurangnya dua kali setahun. Penekanan diberikan terhadap penilaian tersebut untuk memastikan tahap perkhidmatan yang yang diberikan oleh ‘counterparty’ yang berurusan dengan KWAP adalah yang terbaik. Ini juga bagi memastikan kualiti perkhidmatan yang diberikan selaras dengan tahap urusniaga yang diberikan. Kaedah penilaian Panel Broker Saham yang jelas dan telus telah disediakan
 
Kriteria Penilaian
Panel Broker Saham dinilai dari 3 aspek penting; Dealing, Penyelidikan dan Back Office. Jadual berikut menunjukkan secara terperinci setiap kategori:
Sila klik untuk besarkan imej
Keputusan Penilaian
Keputusan penilaian akan dimaklumkan kepada Jawatankuasa Pelaburan, Panel Pelaburan dan juga pihak Panel Broker Saham terlibat. Berdasarkan jumlah mata yang diperolehi daripada proses penilaian itu , pihak Panel Broker Saham akan diletakkan dalam kumpulan yang berlainan bagi menentukan nilai urusniaga yang akan diberikan.

Senarai Panel Broker Saham
Ketika ini, bilangan Panel Broker Saham KWAP adalah 18, 15 daripadanya ialah broker domestik dan 3 broker asing. Senarai ini yang merangkumi bank pelaburan, syarikat kewangan dan juga syarikat tersenarai hanya memasukkan mereka yang telah memenuhi syarat minima seperti ditetapkan oleh Polisi & Garispanduan Pelaburan (IPG) serta memenuhi tahap minima dalam setiap penilaian berkala yang dilakukan. Berikut adalah senarai Panel Broker Saham KWAP:

  • Affin Investment Bank Bhd
  • Alliance Investment Bank Berhad
  • Aminvestment Bank Berhad
  • CIMB Investment Bank Berhad
  • CLSA Securities (M) Sdn Bhd
  • Credit Suisse Securities (M) Sdn Bhd
  • ECM Libra Avenue Securities Sdn Bhd
  • HLG Securities Sdn Bhd
  • HwangDBS Investment Bank Bhd
  • JP Morgan Securities (M) Sdn Bhd
  • Kaf-Seagroatt & Campbell Securities Bhd
  • Kenanga Investment Bank Bhd
  • Maybank Investment Bank Berhad
  • MIDF Investment Bank Bhd
  • MIMB Investment Bank Bhd
  • OSK Investment Bank Bhd
  • RHB Investment Bank Berhad
  • TA Securities Holdings Bhd
Kalendar Kegiatan Korporat
 
Mengenai Jabatan Ekuiti
Pendekatan Kami
Objektif Kami
Portfolio Kami
Penyelidikan Pelaburan
Penilaian Pembrokeran
Prestasi