Skip to main content

Pelaburan Alternatif

 
  |   Login Anggota KWAP Warna Biru Warna Oranye Reset Decrease Font Size Reset Font Size Increase Font Size Pilih teks dan klik di sini untuk pidato
Bahasa Malaysia
Laman Utama
Mengenai KWAP
Korporat
Caruman
Pelaburan
Pengurusan Risiko
Prestasi Perniagaan
Interaktif
Bahasa Malaysia > Pelaburan > Pelaburan Alternatif > Pages > default.aspx  

You are here: Skip Navigation LinksPelaburan > Pelaburan Alternatif
 
.................................................
"KWAP mencatatkan ROI Bersih sebanyak 7.34% dan Kadar Pulangan Wajar Masa (TWRR) sebanyak 8.88% pada tahun 2010 "
.................................................
 
Pelaburan Alternatif
Mengenai Jabatan Pelaburan Alternatif
Objektif Jabatan Pelaburan Alternatif adalah untuk merancang, melaksana, memantau dan melapor aktiviti pelaburan dana KWAP yang diuruskan oleh pengurus dana luar.
Aktiviti Utama
  • Membangun pelan tindakan untuk melabur dana KWAP di dalam dan luar negara menerusi pengurus dana luar yang telah dilantik bagi menguruskan dana ekuiti, pendapatan tetap, dana ekuiti persendirian dan ekuiti tidak tersenarai.
  • Melaksana aktiviti-aktiviti pelaburan yang diluluskan oleh Panel Pelaburan dan Lembaga KWAP.
  • Memantau aktiviti-aktiviti pelaburan dan menilai prestasi pengurus dana luar dan ekuiti tidak tersenarai secara berkala, termasuk menghadiri mesyuarat bersama pengurus dana dan jawatankuasa yang ditubuhkan untuk tujuan tersebut.
  • Melapor secara berkala aktiviti-aktiviti pelaburan dan prestasi pengurus dana luar serta ekuiti tidak tersenarai kepada Jawatankuasa Pelaburan, Panel Pelaburan dan Lembaga KWAP.
  • Membangun, mengekal dan menyemak manual prosedur kerja yang bersesuaian untuk operasi Jabatan Pelaburan Alternatif
  • Berusaha untuk mencapai sasaran pulangan pendapatan tahunan di bawah ruang lingkup Jabatan Pelaburan Alternatif
Senarai Pelaburan Alternatif
 
 
Ekuiti Persendirian
 
  • IDB Infrastructure Fund LP
  • CIMB-Mapletree Real Estate Fund 1
  • Actis ASEAN Fund LP
  • Lombard Asia III
  • Templeton Strategic Emerging Markets Fund III
Pelaburan Secara Langsung
 
  • Valuecap Sdn Bhd
  • Malakoff Corporation Bhd
 
Hartanah
 
  • Bangunan beralamat 737, Bourke Street, Melbourne, Australia
  • Hartanah komersil di United Kingdom secara usaha sama dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
 
Ciri-ciri Pemilihan Bagi Setiap Kelas Aset
 
 
I. Dana Ekuiti Persendirian (Domestik dan Antarabangsa)
 
1. Carta Organisasi dan Kakitangan
  • Kualiti dan Pengalaman kakitangan utama;
  • Memperuntukkan masa dan usaha kepada dana dicadangkan;
  • Kualiti dan pengalaman Pekongsi Am (General partner) dana tersebut,
  • Integriti Pekongsi Am, kakitangan dan pihak yang berkenaan,
  • Penglibatan tambah-nilai Pekongsi Am di dalam dana; dan
  • Hubungan dengan pihak berkaitan di dalam komuniti pelaburan.
2. Falsafah Pelaburan dan Proses
  • Polisi yang jelas dan proses yang telus,
  • Peruntukan modal yang berpatutan oleh Pekongsi Am,
  • Peluang untuk pelaburan bersama; dan
  • Strategi keluar perkongsian yang jelas.
3. Pengurusan Risiko
  • Pematuhan terhadap ketetapan undang-undang tempatan, jika ada;
  • Penasihat/pengurus pelaburan yang berdaftar di bawah mana-mana kuasa kehakiman, dan
  • Kualiti keseluruhan pengurus dana dan tadbir urus.
4. Prestasi
  • Prestasi kewangan dana lalu yang telah berjaya;
  • Pengagihan yang munasabah dan polisi claw-back;
  • Jaminan munasabah ke atas pencapaian pulangan diperlukan;
  • Pertimbangan risiko/ganjaran yang munasabah; dan
  • Kadar rintangan/pulangan pelaburan yang munasabah.
5. Perkhidmatan Pelanggan dan Yuran
  • Yuran yang seragam dan berpatutan;
  • Laporan berkala mengenai status portfolio pelaburan; dan
  • Terma dan syarat yang munasabah sejajar dengan kepentingan Pekongsi Terhad (LP).
 
II. Pelaburan Langsung – Entiti Tidak Tersenarai
 
  • Kekukuhan kedudukan kewangan lalu dan masa depan;
  • Kedudukan dalam pasaran yang kompetitif di dalam lingkungan industri;
  • Prospek perkembangan syarikat;
  • Kestabilan dasar perniagaan syarikat;
  • Kualiti dan ketahanan keuntungan;
  • Pembayaran dividen an ketetapannya;
  • Kualiti aset syarikat;
  • Kesesuaian struktur modal termasuklah kadar keberhutangan;
  • Kualiti, kestabilan dan pengalaman pasukan pengurusan, Lembaga Pengarah dan pelabur lain;
  • Kualiti kawalan kewangan dan operasi dan kualiti laporan kepada pengurusan dan pelabur;
  • Kualiti tadbir urus yang baik dan polisi pengurusan risiko;
  • Keupayaan pulangan pelaburan KWAP berbanding polisi risiko/pulangan pelaburan;
  • Prospek untuk mendapatkan peluang pelaburan di masa hadapan; dan
  • Strategi keluar perkongsian untuk KWAP.
II. Hartanah
 
  • Terletak di lokasi strategik sesuai untuk peningkatan nilai sewaan dan kapital
  • Memberi pempelbagaian dari segi sektor, jenis dan saiz
  • Hartanah yang mempunyai perjanjian sewaan untuk menjamin pendapatan berterusan
  • Strategi keluar berpotensi
 
Peruntukan Aset Berdasarkan Kelas Aset
Mengenai Jabatan Pelaburan Alternatif
Senarai Pengurus Dana Luar
Kriteria Pemilihan Bagi Setiap Kelas Aset
Prestasi