Skip to main content

Laman Utama

 
English  |   Login Anggota KWAP Warna Biru Warna Oranye Reset Decrease Font Size Reset Font Size Increase Font Size Pilih teks dan klik di sini untuk pidato
Bahasa Malaysia
Laman Utama
Mengenai KWAP
Korporat
Caruman
Pelaburan
Pengurusan Risiko
Prestasi Perniagaan
Interaktif
Bahasa Malaysia > Laman Utama > Pages > FAQs.aspx  

You are here: Skip Navigation LinksLaman Utama > Soalan Lazim
 
.................................................
"KWAP mencatatkan ROI Bersih sebanyak 7.34% dan Kadar Pulangan Wajar Masa (TWRR) sebanyak 8.88% pada tahun 2010 "
.................................................
 
Soalan Lazim
Apakah aktiviti utama KWAP?
 Aktiviti utama KWAP adalan menguruskan kutipan caruman dan menguruskan pelaburan dana.
kembali ke atas
Bolehkah KWAP membuat pelaburan di luar negara?
 Akta KWAP membenarkan pelaburan luar negara walaubagaimanapun kelulusan khas diperlukan bagi maksud ini.
kembali ke atas
Apakah maksud nilai korporat KWAP?

 KWAP mempunyai 5 nilai korporat yang terdiri dari:

  • Integriti – Amanah, jujur dan ikhlas dalam menjalankan tanggungjawab
  • Ketelusan – Telus dalam proses membuat setiap keputusan
  • Profesionalisme – Mengamalkan sikap profesional dan kod etika yang tinggi
  • Keberuntungan – Mengoptimakan keuntungan setiap urusniaga pelaburan
  • Pembelajaran Berterusan - Membudayakan pembelajaran berterusan kepada setiap anggota KWAP dalam meningkatkan mutu perkhidmatan dan produktiviti kerja.
kembali ke atas
Apakah yang dimaksudkan oleh cogankata “Menjamin Persaraan Anda”?
 Cogankata ini menjelaskan komitmen KWAP mengutamakan masa hadapan dan keselesaan para pesara berdasarkan kepada amalan nilai-nilai korporat KWAP dalam pengurusan dana.
kembali ke atas
Apakah perbezaan di antara caruman kepada KWAP dan KWSP?
 KWAP hanya menguruskan kutipan caruman dari kakitangan kerajaan yang bertaraf tetap dan berpencen dan berkhidmat di Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan manakala KWSP menguruskan kutipan caruman dari kakitangan swasta dan juga kakitangan kerajaan yang memilih untuk terus mencarum kepada KWSP.
kembali ke atas
Adakah KWAP mempunyai cawangan- cawangan di setiap negeri?
 Tidak. Pada masa ini KWAP hanya mempunyai pejabatnya yang beroperasi di Kuala Lumpur
kembali ke atas
Adakah KWAP membuat bayaran pencen kepada kakitangan kerajaan yang bersara?
 Tidak. KWAP hanya berfungsi menerima dan mengutip caruman pencen daripada majikan-majikan. Apabila cukup umur bersara bagi seseorang kakitangan kerajaan yang bertaraf tetap dan berpencen, pencen bagi kakitangan tersebut akan dibayar oleh Jabatan Perkhidmatan Awam.
kembali ke atas
Adakah KWAP membayar dividen kepada ahli-ahli yang mencarum?
 Tidak, pada masa ini KWAP tidak memberi dividen ke atas caruman bulanan ahli-ahli.
kembali ke atas
Adakah KWAP menghantar penyata tahunan kepada pencarum?
 Tidak. KWAP tidak menghantar penyata tahunan kepada pencarum.
kembali ke atas
Bagaimana saya boleh mendapatkan keterangan lebih lanjut mengenai KWAP?
 Untuk keterangan lanjut sila hubungi kami di corpcomm@kwap.gov.my
kembali ke atas