Skip to main content

Korporat

 
English  |   Login Anggota KWAP Warna Biru Warna Oranye Reset Decrease Font Size Reset Font Size Increase Font Size Pilih teks dan klik di sini untuk pidato
Bahasa Malaysia
Laman Utama
Mengenai KWAP
Korporat
Caruman
Pelaburan
Pengurusan Risiko
Prestasi Perniagaan
Interaktif
Bahasa Malaysia > Korporat > Pages > CorporateSocialResponsibility.aspx  

You are here: Skip Navigation LinksKorporat > Tanggungjawab Sosial Korporat
 
.................................................
"KWAP mencatatkan ROI Bersih sebanyak 7.34% dan Kadar Pulangan Wajar Masa (TWRR) sebanyak 8.88% pada tahun 2010 "
.................................................
 
Tanggungjawab Sosial Korporat
Objektif
  • Untuk menyokong kerajaan mewujudkan kesedaran mengenai kepentingan pengurusan kewagan dan kehidupan selepas bersara dikalangan penjawat awam.
  • Untuk menggalakkan pembelajaran berterusan sebagai langkah menyokong agenda pertumbuhan modal insan dengan menggunakan kepakaran di KWAP.
  • Untuk menanam sifat melakukan aktiviti sukarela dikalangan anggota KWAP bertujuan untuk mewujudkan budaya korporat yang prihatin.Untuk menanam sifat melakukan aktiviti sukarela dikalangan anggota KWAP bertujuan untuk mewujudkan budaya korporat yang prihatin.
  • Untuk menyertai aktiviti kemanusiaan secara langsung atau tidak langsung.
Program Tanggungjawab Sosial Korporat  Tahun 2010:
 
Sebagai sebuah organisasi yang progresif dan prihatin, KWAP komited dalam mencari pendekatan bagi meningkatkan kualiti kehidupan anggotanya serta masyarakat secara umum. Sebagai sebuah warga korporat yang bertanggungjawab, KWAP telah melaksanakan beberapa inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (“TSK”) seperti berikut:
  • Seminar Perancangan Kewangan Persaraan
  • Menyumbangkan Artikel Untuk Surat Khabar
  • Aktiviti Menjana Dan Meningkatkan Dana TSK
  • Memelihara Alam Sekitar
  • Bengkel Bahasa Inggeris Untuk Kanak-Kanak
  • Lawatan Sambil Belajar Untuk Kanak-Kanak
  • Aktiviti Menjana dan Meningkatkan Dana TSK
 
Program Tanngungjawab Sosial Korporat Tahun 2009:
01 - Menyertai Hari Bersama Industri di Universiti Malaya
  • Dengan tujuan untuk mengunakan kepakaran dan pengetahuan kami mengenai pengurusan dana dan dana Persaraan, KWAP telah menyertai Hari Bersama Industri yang telah dianjurkan oleh Universiti Malaya pada bulan Ogos dengan harapan untuk meningkatkan kesederan siswa dan siswi mengenai industry pengurusan dana dan dana Persaraan. Secara tidak langsung dapat mendedahkan para siswa dan siswi kepada situasi sebenar dan menggalakkan mereka untuk menceburi industri pengurusan dana untuk di alam pekerjaan kelak. Lebih seratus orang pelajar telah menghadiri sesi yang disampaikan oleh Ketua Jabatan Pengurusan Dana Luar, Encik Ambalagam a/l R. Marappan.
        
02 - Menyumbangkan artikel untuk surat khabar
  • Sejajar dengan itu juga, KWAP telah menyumbangkan karya/artikel yang diterbitkan di surat khabar The Edge Financial Daily sebulan sekali. Topik- topik yang disentuh adalah ekonomi, pendapatan tetap, pasaran ekuiti, pengurusan risiko.
03 - Seminar Perancangan Kewangan Persaraan
  • Sebagai salah satu objektif TSK KWAP iaitu untuk menyedarkan orang ramai mengenai kepentingan perancangan kewangan ketika bersara, KWAP telah menganjurkan sebuah seminar bertajuk Perancangan Kewangan Persaraan pada Oktober 2009. Lima puluh wakil dari Jabatan Perkhidmatan Awam, Lembaga Hasil Dalam Negeri dan Jabatan Akauntan Negara telah menyertai seminar ini.
        
 
04 - Aktiviti Menjana dan Meningkatkan Dana TSK
  • Salah satu aspek penting didalam TSK KWAP adalah menekankan penglibatan anggotanya. Untuk menggalakkan penglibatan kakitangan kami dalam aktiviti kebajikan, beberapa inisiatif mini telah dianjurkan oleh para anggota seperti jualan barangan murah, barangan terpakai dan pungutan derma untuk mengumpul dana bagi tujuan yang bermanfaat. Wang hasil dari aktiviti yang dijalankan telah digunakan untuk membeli bahan bacaan untuk melengkapkan lagi pusat sumber Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi (A), Dengkil, Selangor. Sebagai galakkan untuk pelajar orang asli meneruskan pembelajaran keperingkat menengah, tiga pelajar terbaik UPSR 2009 sekolah tersebut juga diberikan wang sagu hati.
        
 
05 - Memelihara Alam Sekitar
  • Salah satu aspek penting dalam inisiatif TSK kami ialah membentuk budaya kerja yang peka terhadap alam sekitar. Setiap individu di KWAP ditanamkan dengan sifat menghargai serta bertanggungjawab terhadap alam sekitar. Oleh itu, langkah-langkah telah diambil untuk mengurangkan penggunaan dan pengitaran semula produk berasaskan kertas. Penggunaan tenaga elektrik dikurangkan denganmemadamkan lampu dan peralatan elektrik diwaktu tengah hari dan selepas waktu pejabat. KWAP juga telah turut serta di dalam kempen “Earth Hour” yang telah diadakan pada 27 Mac 2010 dengan memadam semua suis lampu dan elektrik di KWAP.
06 - Jawatankuasa TSK
  • Sebagai salah satu cara menggalakkan dan memanamkan sifat suka melakukan aktiviti sukarela dikalangan anggota KWAP, Jawatankuasa TSK dilantik setahun sekali oleh pihak pengurusan. Jawatankuasa ini di bahagikan kepada kumpulan untuk menjalankan program-program yang berlainan sepanjang tahun.