|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Bahasa Malaysia > Korporat > Pages > Business Support.aspx
|
|
|
|
|
|
|
You
are here:
Korporat > Jabatan Sokongan
|
|
.................................................
|
|
"KWAP mencatatkan ROI Bersih sebanyak 7.34% dan Kadar Pulangan Wajar
Masa (TWRR) sebanyak 8.88% pada tahun 2010 "
|
|
.................................................
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Jabatan Sokongan |
|
|
|
Selain daripada Jabatan Pelaburan, Jabatan Caruman, Jabatan Prestasi Perniagaan dan Jabatan Pengurusan Risiko, Jabatan Sokongan Perniagaan juga membentuk sebahagian daripada perniagaan dan fungsi harian KWAP.
|
|
|
| Jabatan Perancangan dan Pembangunan Korporat |
|
| Menyedari kepentingan fungsi sokongan sebagai pemangkin kepada perubahan dalam usaha menjadi Organisasi Berprestasi Tinggi, Jabatan Perancangan & Pembangunan Korporat melaksanakan fungsi utama dalam Perancangan Korporat, Perhubungan Korporat dan Kemajuan Perniagaan. |
| Jabatan Perundangan dan Kesetiausahaan |
|
| Oleh kerana KWAP bertanggungjawab menguruskan dana beramaun tinggi, Bahagian Perudangan telah ditubuhkan untuk membantu jabatan lain di KWAP dalam urusan perudangan seperti isu berkaitan perjanjian dengan pengurus luar, counter-party dan badan korporat. Bahagian Kesetiausahaan pula terlibat dalam urusan berkaitan dokumen Lembaga dan Pelaburan, minit mesyuarat dan aktiviti serupa. |
| Jabatan Sumber Manusia |
|
| Fungsi utama jabatan ini ialah menyediakan perkhidmatan profesional yang membolehkan KWAP dan tenaga kerjanya mencapai objektif keseluruhan organisasi dan aspirasi untuk menjadi Organisasi Berprestasi Tinggi. Dalam usaha ini, Jabatan ini telah diberikan kepercayaan untuk memacu serta menguruskan pelaksanaan semua fungsi dan inisiatif sumber manusia. Aktiviti utama jabatan ini termasuk pengambilan kakitangan baru, perancangan tenaga kerja, pengurusan penggajian dan faedah, pengurusan prestasi dan habuan, latihan & pembangunan, perancangan turutan, pembangunan organisasi dan aktiviti lain yang menyokong keperluan modal insan organisasi ini. |
| Jabatan Akaun dan Perkhidmatan Pengurusan |
|
| Jabatan ini memastikan kesemua urusan KWAP dilaporkan dengan betul menerusi Unit Akaun dan Unit Kewangan. Isu pentadbiran seperti perolehan, pengurusan pembelian, pengawalan inventori, pengawalan kualiti, penyimpanan, logistik dan penilaian diuruskan oleh Unit Pentadbiran Umum. |
| Jabatan Penjelasan Pelaburan |
|
| Jabatan ini berfungsi sebagai back office bagi proses pembelian dan penjualan saham dan pelaburan lain serta menguruskan akaun dengan menyediakan baucer bayaran, menerima cek, perbaikan dan pengutipan dividen. |
| Jabatan Kustodian |
|
| Jabatan ini memegang tanggungjawab memantau dan melaporkan pendedahan saham, penilaian, laporan penjualan serta pembelian harian dan tahunan. Ia juga memantau kesemua aktiviti pengumuman korporat seperti penamaan, hak penyerahan dan pengumuman awam (Mesyuarat Agung Tahunan & Menyuarat Tergempar) dan menjaga sijil saham bagi saham tidak tersenarai dan saham peribadi. |
|
Jabatan Teknologi Maklumat
|
|
| Jabatan ini memainkan peranan penting dalam operasi, pembaikan dan pembangunan sistem maklumat KWAP. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
 |
 |
 |
 |
|