Skip to main content

Tadbir Urus

 
  |   Login Anggota KWAP Warna Biru Warna Oranye Reset Decrease Font Size Reset Font Size Increase Font Size Pilih teks dan klik di sini untuk pidato
Bahasa Malaysia
Laman Utama
Mengenai KWAP
Korporat
Caruman
Pelaburan
Pengurusan Risiko
Prestasi Perniagaan
Interaktif
Bahasa Malaysia > Korporat > Tadbir Urus > Pages > RiskManagement.aspx  

You are here: Skip Navigation LinksTadbir Urus > Jawatankuasa Risiko
 
.................................................
"KWAP mencatatkan ROI Bersih sebanyak 7.34% dan Kadar Pulangan Wajar Masa (TWRR) sebanyak 8.88% pada tahun 2010 "
.................................................
 
 
   
(Klik nama dari kiri atas untuk lihat profil)
Dato' Muhammad Bin Ibrahim (Pengerusi Jawatankuasa),

Dato' Muhammad Bin Ibrahim (Pengerusi Jawatankuasa)

Dilantik sebagai ahli Lembaga pada 15 Mei 2007. Beliau adalah Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia; Pemegang Amanah Majlis Kerusi Tun Ismail Ali; Fellow Bersekutu di Institut Jurubank Malaysia; ahli Majlis Institut Jurubank Malaysia dan ahli Lembaga Pengarah Petroliam Nasional Berhad. Lulusan ijazah Sarjana Muda Perakaunan dari Universiti Malaya, ijazah Sarjana dari Harvard University dan Diploma Lepasan Ijazah dalam Perbankan dan Kewangan Islam dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Dato' Siow Kim Lun,

Dato' Siow Kim Lun

Dilantik sebagai ahli Lembaga pada 1 Mac 2007. Beliau juga ahli Lembaga Pengarah Citibank, UMW Holdings, WZ Steel, XingQuan International Sports Holdings dan Mainstreet Adviser. Lulusan ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Ekonomi dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Catholic University of Leuven, Belgium dan menghadiri Program Pengurusan Lanjutan di Harvard Business School, Harvard University, AS.

Dato' Mohamed Azlan Bin Hashim,

Dato' Mohamed Azlan Bin Hashim

Dato’ Mohammed Azlan bin Hashim telah dilantik sebagai ahli Panel Pelaburan pada 1 Mac 2010. Ketika ini, beliau ialah ahli Lembaga Khazanah Nasional Berhad dan Pengerusi Eksekutif SILK Holdings Berhad. Beliau merupakan ahli Panel Pelaburan KWSP. Dato’ Azlan ialah seorang Akauntan Bertauliah. Beliau memperolehi Sarjana Muda Ekonomi dari Monash University, Australia.

Encik Cheah Teik Seng,

Encik Cheah Teik Seng

Encik Cheah Teik Seng dilantik sebagai ahli Lembaga pada 1 Mac 2010. Ketika ini, beliau ialah Pengarah Urusan di Aktis Capital Advisory Limited Hong Kong and Pengarah Bukan Eksekutif Malayan Banking Berhad. Beliau merupakan seorang fellow bagi Institute of Chartered Accountants in England & Wales. En. Cheah memperolehi Sarjana Muda Sains (Kepujian) dari University of Manchester, UK.

Dato' Azian Binti Mohd Noh

Dato' Azian Binti Mohd Noh

Dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif dan anggota ex-officio Lembaga pada 1 Mac 2007. Beliau juga Pengerusi i-VCAP Management; Pengarah Valuecap, Malakoff Corporation, Time dotCom dan Ahli, Institut Akauntan Malaysia. Lulusan ijazah Sarjana Muda Ekonomi (Kepujian) dalam jurusan Perakaunan dari Universiti Malaya, ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan menghadiri Program Pengurusan Lanjutan di Harvard Business School, Harvard University, AS.

 
Lembaga