Skip to main content

Tadbir Urus

 
  |   Login Anggota KWAP Warna Biru Warna Oranye Reset Decrease Font Size Reset Font Size Increase Font Size Pilih teks dan klik di sini untuk pidato
Bahasa Malaysia
Laman Utama
Mengenai KWAP
Korporat
Caruman
Pelaburan
Pengurusan Risiko
Prestasi Perniagaan
Interaktif
Bahasa Malaysia > Korporat > Tadbir Urus > Pages > Board.aspx  

You are here: Skip Navigation LinksKorporat > Tadbir Urus
 
.................................................
"KWAP mencatatkan ROI Bersih sebanyak 7.34% dan Kadar Pulangan Wajar Masa (TWRR) sebanyak 8.88% pada tahun 2010 "
.................................................
 
(klik nama dari kiri atas untuk lihat profil)
Tan Sri Wan Abdul Aziz Wan Abdullah,

Tan Sri Wan Abdul Aziz Wan Abdullah

 

Dilantik sebagai Pengerusi Lembaga dan Panel Pelaburan pada 1 Mac 2007. Beliau adalah Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Kementerian Kewangan. Beliau juga ahli Lembaga Malaysian International Shipping Corporation, Lembaga Hasil Dalam Negeri, Malaysian Airline System, Kuala Lumpur International Airport, Pembinaan PFI, Petroliam Nasional, Bintulu Port Holdings, Syarikat Bekalan Air Selangor, Pembinaan BLT, Cyberview, Bank Negara Malaysia, Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan dan Perbadanan Insuran Deposit Malaysia. Beliau mewakili Kementerian Kewangan sebagai ahli PEMUDAH (Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan), Iskandar Malaysia dan Pihak Berkuasa Pembangunan Koridor Wilayah Sarawak, Wilayah Ekonomi Pantai Timur dan Mesyuarat Majlis Ekonomi. Lulusan ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Ekonomi Gunaan dari Universiti Malaya, ijazah Sarjana Falsafah (Pengajian Pembangunan) dari University of Sussex, UK dan Doktor Falsafah (Ekonomi Perniagaan) dari University of Leeds, United Kingdom. Beliau juga menghadiri Program Pengurusan Lanjutan di Harvard Business School, Harvard University, AS.

Datuk Idrus Bin Harun,

Datuk Idrus Bin Harun

Dilantik sebagai ahli Lembaga pada 1 Mac 2007. Beliau adalah Peguam Cara Negara. Beliau juga Ahli Lembaga Pengarah Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Pihak Berkuasa Bersama Malaysia-Thailand, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional dan Pengarah Amanah Raya Capital. Lulusan Sarjana Muda Undang-Undang (LLB) dengan Kepujian dari Universiti Malaya.

Dato' Yeow Chin Kiong,

Dato' Yeow Chin Kiong

 

Dilantik sebagai ahli Lembaga pada 1 September 2010. Beliau adalah Pengarah Bahagian Pencen, Jabatan Perkhidmatan Awam. Beliau telah memegang beberapa jawatan lain sebelum meneruskan perkhidmatan di Jabatan Perkhidmatan Awam pada 1979 sebagai Pegawai Pentadbiran dan Diplomatik. Lulusan Sarjana Muda Sejarah di Universiti Malaya.

Dato’ Dr Mohd Irwan Serigar bin Abdullah ,

Dato’ Dr Mohd Irwan Serigar bin Abdullah

Wakil Kementerian Kewangan

Dilantik sebagai ahli Lembaga pada 1 Januari 2011. Beliau adalah Timbalan Setiausaha Perbendaharaan (Dasar) di Kementerian Kewangan. Beliau juga adalah Ahli Lembaga Pengarah dalam berapa agensi dan badan berkanun yang lain, antaranya Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Suruhanjaya Sekuriti (SC), Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Multimedia Development Corporation (MDC), Universiti Islam Antarabangsa (UIAM), Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN), Lembaga Tabung Haji (TH), Yayasan Inovasi Malaysia, GovCo Holdings Berhad dan Capital Market Development Fund (CMDF) . Beliau juga adalah Pengerusi Kumpulan Kerja Pemantapan dan Pemantauan Projek Perumahan Terbengkalai. Lulusan Sarjana Muda dengan Kepujian dari Universiti Malaya. Ijazah Sarjana Falsafah dari University of Pennsylvania, USA, Doktor Falsafah Ekonomi dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Beliau juga telah menghadiri Program Pengurusan Lanjutan di Harvard Business School, Harvard University, USA.

Dato' Muhammad Bin Ibrahim,

Dato' Muhammad Bin Ibrahim

Dilantik sebagai ahli Lembaga pada 15 Mei 2007. Beliau adalah Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia; Pemegang Amanah Majlis Kerusi Tun Ismail Ali; Fellow Bersekutu di Institut Jurubank Malaysia; ahli Majlis Institut Jurubank Malaysia dan ahli Lembaga Pengarah Petroliam Nasional Berhad. Lulusan ijazah Sarjana Muda Perakaunan dari Universiti Malaya, ijazah Sarjana dari Harvard University dan Diploma Lepasan Ijazah dalam Perbankan dan Kewangan Islam dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Dato' Siow Kim Lun,

Dato' Siow Kim Lun

Dilantik sebagai ahli Lembaga pada 1 Mac 2007. Beliau juga ahli Lembaga Pengarah Citibank Berhad, WZ Steel Berhad Aita Resources Berhad, Mainstreet Adviser Sdn. Bhd. dan XingQuan International Sports Holdings. Lulusan ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Ekonomi dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Catholic University of Leuven, Belgium dan menghadiri Program Pengurusan Lanjutan di Harvard Business School, Harvard University, AS.

Dato' Seri Ahmad Johan Bin Mohammad Raslan,

Dato' Seri Ahmad Johan Bin Mohammad Raslan

Dato’ Seri Ahmad Johan Bin Mohammad Raslan dilantik sebagai ahli Lembaga pada 1 Mac 2010. Ketika ini beliau merupakan Pengerusi Eksekutif Pricewaterhouse Coopers Malaysia serta ahli Lembaga bagi Perbadanan Putrajaya dan Kuala Lumpur Business Club. Beliau juga adalah ahli Panel Penasihat Antarabangsa bagi Labuan Offshore Financial Services Authority dan Lembaga Amanah Yayasan Tun Suffian dan Yayasan Sultan Azlan Shah. Dato’ Johan adalah Naib Presiden bagi Institut Akauntan Awam Diakui di Malaysia dan ahli majlis Institut Akauntan Malaysia. Beliau juga seorang fellow bagi Institute of Chartered Accountants in England & Wales. Beliau memperolehi Sarjana Muda Sains dalam Ekonomi dan Perakaunan.

Encik Cheah Teik Seng,

Encik Cheah Teik Seng

Encik Cheah Teik Seng dilantik sebagai ahli Lembaga pada 1 Mac 2010. Ketika ini, beliau ialah Pengarah Urusan di Aktis Capital Advisory Limited Hong Kong and Pengarah Bukan Eksekutif Malayan Banking Berhad. Beliau merupakan seorang fellow bagi Institute of Chartered Accountants in England & Wales. En. Cheah memperolehi Sarjana Muda Sains (Kepujian) dari University of Manchester, UK.

Datuk Haji Omar Bin Osman,

Datuk Haji Omar Bin Osman

Dilantik sebagai ahli Lembaga pada 1 Mac 2007. Beliau adalah Presiden CUEPACS; Penasihat Kehormat Kesatuan Kakitangan Am Universiti Putra Malaysia; Pengerusi Gabungan Presiden/Setiausaha Kehormat Kesatuan-Kesatuan Universiti; Timbalan Pengerusi bagi Majlis Sains & Teknologi Malaysia dan wakil CUEPACS dalam Majlis Penasihat Buruh Nasional, Kementerian Sumber Manusia.

Dato' Azian Binti Mohd Noh

Dato' Azian Binti Mohd Noh

Dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif dan anggota ex-officio Lembaga pada 1 Mac 2007. Beliau juga Pengerusi i-VCAP Management; Pengarah Valuecap, Malakoff Corporation, Time dotCom dan Ahli, Institut Akauntan Malaysia. Lulusan ijazah Sarjana Muda Ekonomi (Kepujian) dalam jurusan Perakaunan dari Universiti Malaya, ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan menghadiri Program Pengurusan Lanjutan di Harvard Business School, Harvard University, AS.