Skip to main content

Caruman

 
  |   Login Anggota KWAP Warna Biru Warna Oranye Reset Decrease Font Size Reset Font Size Increase Font Size Pilih teks dan klik di sini untuk pidato
Bahasa Malaysia
Laman Utama
Mengenai KWAP
Korporat
Caruman
Pelaburan
Pengurusan Risiko
Prestasi Perniagaan
Interaktif
Bahasa Malaysia > Caruman > Pages > FAQs.aspx  

You are here: Skip Navigation LinksCaruman > Soalan Lazim
 
.................................................
"KWAP mencatatkan ROI Bersih sebanyak 7.34% dan Kadar Pulangan Wajar Masa (TWRR) sebanyak 8.88% pada tahun 2010 "
.................................................
 
Soalan Lazim
Siapa patut mencarum?
Setiap badan berkanun, pihak berkuasa tempatan dan agensi yang mempunyai kakitangan yang bertaraf berpencen perlu mencarum kepada KWAP.
kembali ke atas
Siapa majikan?
Majikan terdiri daripada badan-badan berkanun (Persekutuan atau Negeri), pihak berkuasa tempatan dan agensi yang mempunyai kakitangan tetap atau pinjaman yang bertaraf  pencen.
kembali ke atas
Bilakah majikan perlu membayar caruman pencen ?

Majikan perlu membayar caruman pencen mulai tarikh Pemberian Taraf Berpencen (PTB) atau tarikh kakitangan mula berkhidmat dengan majikan.

kembali ke atas
Bilakah tarikh bayaran caruman pencen?
Tarikh bayaran pencen ialah pada hari terakhir bulan berikutnya.
kembali ke atas
Apa terjadi sekiranya majikan gagal menjelaskan caruman tersebut dalam tempoh yang dinyatakan?
Majikan tesebut akan dikenakan denda pada kadar 0.5% dari jumlah caruman bagi setiap bulan caruman tersebut tidak dibayar.
kembali ke atas
Berapakah kadar caruman pencen?
Kadar caruman adalah 17.5% dari gaji hakiki kakitangan berpencen.
kembali ke atas
Apakah dokumen yang diperlukan untuk mendaftarkan majikan ?

Dokumen yang diperlukan untuk pendaftaran majikan adalah :

  • Surat permohonan majikan
  • Salinan Akta yang menunjukkan penubuhan sesebuah badan berkanun atau pihak berkuasa tempatan. 
kembali ke atas
Apakah dokumen yang diperlukan untuk mendaftarkan ahli?
  • Surat permohonan majikan 
  • Borang Pendaftaran Ahli (Format CP1) 
  • Salinan surat kelulusan Pemberian Taraf Berpencen (PTB) oleh Jabatan Perkhidmatan Awam 
kembali ke atas
Siapakah ahli KWAP ?
Ahli KWAP adalah kakitangan badan-badan berkanun, pihak berkuasa tempatan dan agensi yang mempunyai taraf berpencen dan telah mendaftar dengan KWAP.
kembali ke atas
Adakah KWAP menghantar Penyata Caruman tahunan kepada majikan yang mencarum ?
KWAP tidak menghantar Penyata Caruman tahunan kepada majikan yang mencarum.
kembali ke atas