|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Bahasa Malaysia > Caruman > Pages > DutiesandReponsbilities.aspx
|
|
|
|
|
|
|
You
are here:
Caruman > Tugas dan Tanggungjawab Majikan
|
|
.................................................
|
|
"KWAP mencatatkan ROI Bersih sebanyak 7.34% dan Kadar Pulangan Wajar
Masa (TWRR) sebanyak 8.88% pada tahun 2010 "
|
|
.................................................
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
| Tugas dan Tanggungjawab Majikan |
| |
| Majikan adalah bertanggungjawab untuk melaksanakan
tugas perkara berikut: |
| |
| Pendaftaran Ahli
|
- Majikan perlu mendaftarkan semua kakitangannya yang telah diberikan
taraf pencen, sebagai ahli KWAP dalam tempoh 14 hari dari tarikh Pemberian
Taraf Berpencen (PTB).
- Nombor Ahli KWAP yang diberikan hendaklah digunakan apabila membuat
bayaran caruman pencen kakitangan.
|
| |
| Bayaran Caruman Pencen
|
- Majikan hendaklah membayar caruman pencen untuk kakitangannya yang
telah diberikan taraf pencen pada kadar 17.5% dari gaji hakikinya.
- Majikan hendaklah melengkapkan borang-borang caruman yang berkaitan
(Format 1, 2, 2C dan 3) dengan maklumat yang tepat.
- Bayaran caruman pencen hendaklah dibuat selewat-lewatnya pada hari
terakhir bulan berikutnya.
- Resit bayaran hendaklah disimpan tidak kurang dari 7 tahun
- Caruman pencen untuk kakitangan yang diberi cuti belajar hendaklah
dibayar dalam amaun yang penuh untuk tempoh cuti belajar yang diluluskan.
|
| |
| Caruman Pegawai Pinjaman
|
- Majikan perlu memaklumkan kepada KWAP sekiranya terdapat pegawai
pinjaman dengan memberikan maklumat lengkap mengenai peminjaman pegawai
tersebut.
- Majikan iaitu agensi peminjam hendaklah membayar caruman pencen
untuk pegawai pinjaman yang mempunyai taraf berpencen sepanjang tempoh
peminjamannya.
- Kadar caruman pencen yang perlu dibayar ialah 17.5% dari gaji hakiki
pegawai pinjaman tersebut.
- Majikan perlu memaklumkan kepada KWAP sekiranya berlaku penamatan
tempoh pinjaman.
|
| |
| Pertukaran Nama / Status Majikan
|
- Majikan perlu memaklumkan kepada KWAP secara bertulis jika berlaku
sebarang pertukaran nama / status majikan dalam tempoh 14 hari dari
tarikh perubahan tersebut.
|
| |
| Pertukaran Alamat |
- Majikan perlu memaklumkan kepada KWAP secara bertulis jika berlaku
pertukaran alamat / perhubungan perniagaan dalam tempoh 14 hari dari
tarikh pertukaran tersebut.
|
| |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
 |
 |
 |
 |
|