Skip to main content

Tadbir Urus

 
  |   Login Anggota KWAP Warna Biru Warna Oranye Reset Decrease Font Size Reset Font Size Increase Font Size Pilih teks dan klik di sini untuk pidato
Bahasa Malaysia
Laman Utama
Mengenai KWAP
Korporat
Caruman
Pelaburan
Pengurusan Risiko
Prestasi Perniagaan
Interaktif
Bahasa Malaysia > Korporat > Tadbir Urus > Pages > ManagementTeam.aspx  

You are here: Skip Navigation LinksTadbir Urus > Pengurusan Kanan
 
.................................................
"KWAP mencatatkan ROI Bersih sebanyak 7.34% dan Kadar Pulangan Wajar Masa (TWRR) sebanyak 8.88% pada tahun 2010 "
.................................................
 
Pengurusan Kanan
(klik pada nama, dari kiri atas ke kanan bawah)
Dato' Azian Binti Mohd Noh,

Dato' Azian Binti Mohd Noh

Dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif pada 1 Mac 2007. Beliau juga Pengerusi i-VCAP Management; Pengarah Valuecap, Malakoff Corporation, Time dotCom dan Ahli, Institut Akauntan Malaysia. Lulusan ijazah Sarjana Muda Ekonomi (Kepujian) dalam jurusan Perakaunan dari Universiti Malaya, ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan menghadiri Program Pengurusan Lanjutan di Harvard Business School, Harvard University, AS.

Encik Mohd. Zaki Hamdan,

Encik Mohd. Zaki Hamdan

Ketua Pegawai Operasi sejak 2010. Tanggungjawab beliau merangka hala tuju strategik dan penjajaran korporat bagi semua jabatan sokongan KWAP. Berpengalaman lebih 25 tahun. Fellow Akauntan Bertauliah Australia dan Akauntan Bersekutu, Institut Akauntan Malaysia. Lulusan ijazah Sarjana Muda Perniagaan (Akauns) dari Wetern Australian Institute of Technology, Australia.

Puan Nik Amlizan Binti Mohamed,

Puan Nik Amlizan Binti Mohamed

Pengarah Jabatan Ekuiti sejak 2007. Tanggungjawab beliau merangka strategi untuk memaksimumkan pulangan daripada pelaburan ekuiti. Berpengalaman lebih 18 tahun terutamanya dalam industri pengurusan dana. Lulusan ijazah Sarjana Muda Sastera Ekonomi dari Claremont Mckenna College, AS.

Encik Ahmad Norhisham Bin Hassan,

Encik Ahmad Norhisham Bin Hassan

Pengarah Jabatan Pendapatan Tetap sejak 2007. Tanggungjawab beliau merangka strategi dan objektif pelaburan pendapatan tetap. Berpengalaman bekerja 17 tahun. Lulusan ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Pentadbiran Perniagaan (Kewangan) dan ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Kewangan) dari Western Michigan University, AS.

Encik Ambalagam R. Marappan,

Encik Ambalagam R. Marappan

Kini Pengarah Jabatan Akaun dan Pengurusan Perkhidmatan, berkhidmat di KWAP sejak 2011. Bertanggungjawab membangunkan pelan tindakan untuk pelaburan dana dengan pengurus dana luar. Berpengalaman luas dalam perkhidmatan kerajaan. Lulusan ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Perakaunan dari Universiti Malaya, ijazah Sarjana Pengajian Kewangan & Antarabangsa dari Universiti Malaya dan juga Akauntan Berkanun, Institut Akauntan Malaysia.

Encik Khairul Azwa Bin Kamalul Bahrin,

Encik Khairul Azwa Bin Kamalul Bahrin

Pengarah Jabatan PengurusanRisiko dan Pematuhan sejak 2009. Tanggungjawab beliau mengawas pengurusan risiko dan pematuhan perniagaan. Berpengalaman bekerja lebih 16 tahun. Lulusan LLB (Kepujian) dari University of Liverpool, England dan Sarjana Pentadbiran Perniagaan dalam jurusan Pengurusan dari University of Wales, Cardiff, UK dan Pensijilan Pengurusan Risiko Kewangan.

Encik Md Saffi Bin Nadzir,

Encik Md Saffi Bin Nadzir

Pengarah Jabatan Caruman sejak 2007. Tanggungjawab beliau meningkatkan dana melalui usaha memaksimumkan kutipan caruman. Berpengalaman lebih 25 tahun dalam jabatan kerajaan dan badan berkanun. Lulusan ijazah Sarjana Muda Perakaunan dari Universiti Teknologi MARA dan ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Utara Malaysia.

Encik Tai Kim Fong,

Encik Tai Kim Fong

Pengarah Jabatan Informasi Teknologi sejak 2010. Tanggungjawab beliau menyelia seluruh fungsi dan keperluan informasi teknologi KWAP. Berpengalaman lebih 23 tahun. Lulusan ijazah Sarjana Muda (Sains Komputer & Ekonomi) dari Iowa State University, AS.

Encik Aznam bin Shahuddin

Encik Aznam bin Shahuddin

Pengarah Jabatan Perancangan dan Pembangunan Korporat sejak Januari 2011. Bertanggungjawab merangka inisiatif perancangan dan pembangunan strategik. Berpengalaman lebih 23 tahun. Lulusan ijazah Sarjana Muda Perakaunan dari University of Central England, United Kingdon dan ahli bersekutu Institute of Chartered Accountants in England and Wales (ACA, England and Wales. Beliau juga memegang ijazah sarjana Kewangan Islam di Global University of Islamic Finance, INCEIF, Kuala Lumpur.

 
Lembaga