|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
You
are here:
Tadbir Urus > Panel Pelaburan
|
|
.................................................
|
|
"KWAP mencatatkan ROI Bersih sebanyak 7.34% dan Kadar Pulangan Wajar
Masa (TWRR) sebanyak 8.88% pada tahun 2010 "
|
|
.................................................
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
(klik nama dari kiri atas untuk lihat profil)
|
|
Tan Sri Dr. Wan Abdul Aziz Bin Wan Abdullah, | Tan Sri Dr. Wan Abdul Aziz Bin Wan Abdullah Dilantik sebagai Pengerusi Lembaga dan Panel Pelaburan pada 1 Mac 2007. Beliau adalah Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Kementerian Kewangan. Beliau juga ahli Lembaga Malaysian International Shipping Corporation, Lembaga Hasil Dalam Negeri, Malaysian Airline System, Kuala
Lumpur International Airport, Pembinaan PFI, Petroliam Nasional, Bintulu Port Holdings, Syarikat Bekalan Air Selangor, Pembinaan BLT, Cyberview, Bank Negara Malaysia, Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan dan Perbadanan Insuran Deposit Malaysia. Beliau mewakili Kementerian Kewangan sebagai ahli PEMUDAH (Pasukan Petugas Khas Pemudahcara
Perniagaan), Iskandar Malaysia dan Pihak Berkuasa Pembangunan. Koridor Wilayah Sarawak, Wilayah Ekonomi Pantai Timur dan Mesyuarat Majlis Ekonomi. Lulusan ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Ekonomi Gunaan dari Universiti
Malaya, ijazah Sarjana Falsafah (Pengajian Pembangunan) dari University of Sussex, UK dan Doktor Falsafah (Ekonomi Perniagaan) dari University of Leeds, United Kingdom. Beliau juga menghadiri Program Pengurusan Lanjutan di Harvard Business School, Harvard University, AS. |
Datuk Nozirah Binti Bahari, | Datuk Nozirah Binti Bahari Dilantik sebagai ahli Panel Pelaburan pada 2 Jun 2009. Beliau adalah Timbalan Setiausaha Perbendaharaan (Pengurusan) di Kementerian Kewangan. Lulusan ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) dalam Pengajian Bandar dari Universiti Sains Malaysia dan menghadiri Program Pembangunan Kepimpinan Global, International Centre for Leadership in Finance (ICLIF) dan Program Pengurusan Lanjutan di Harvard Business School, Harvard University, AS. |
Dato' Sri Abdul Wahid Bin Omar, | Dato' Sri Abdul Wahid Bin Omar Dilantik sebagai ahli Panel Pelaburan pada 1 Mei 2008. Beliau adalah Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Maybank. Beliau juga ahli Lembaga Pengarah Bursa Malaysia dan Perbadanan Usahawan Nasional; Ahli Panel Pelaburan Lembaga Tabung Haji; Fellow, Association of Chartered Certified Accountants, UK dan Ahli Institut Akauntan Malaysia. |
Dato' Mohamed Azlan Bin Hashim, | Dato' Mohamed Azlan Bin Hashim Dato’ Mohammed Azlan bin Hashim telah dilantik sebagai ahli Panel Pelaburan pada 1 Mac 2010. Ketika ini, beliau ialah ahli Lembaga Khazanah Nasional Berhad dan Pengerusi Eksekutif SILK Holdings Berhad. Beliau merupakan ahli Panel Pelaburan KWSP. Dato’ Azlan ialah seorang Akauntan Bertauliah. Beliau memperolehi Sarjana Muda Ekonomi dari Monash University, Australia. |
Cik Che Zakiah Binti Che Din, | Cik Che Zakiah Binti Che Din Dilantik sebagai ahli Panel Pelaburan pada 15 Mei 2007. Beliau adalah Pengarah Jabatan Penyeliaan Konglomerat Kewangan, Bank Negara Malaysia. Lulusan ijazah Sarjana Muda Ekonomi (Kepujian) dari Universiti Malaya. |
Encik Cheah Tek Kuang, | Encik Cheah Tek Kuang Dilantik sebagai ahli Panel Pelaburan pada 21 Mac 2007. Beliau adalah Pengarah Urusan Kumpulan AMMB Holdings; ahli Lembaga Pengarah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan Bursa Malaysia serta Pengerusi Silih Ganti bagi Persatuan Bank-Bank Saudagar Malaysia. Lulusan ijazah Sarjana Muda Ekonomi dari Universiti Malaya. |
Dato' Azian Binti Mohd Noh | Dato' Azian Binti Mohd Noh Dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif dan anggota ex-officio Panel Pelaburan pada 1 Mac 2007. Beliau juga Pengerusi i-VCAP Management; Pengarah Valuecap, Malakoff Corporation, Time dotCom dan Ahli, Institut Akauntan Malaysia. Lulusan ijazah Sarjana Muda Ekonomi (Kepujian) dalam jurusan Perakaunan dari Universiti Malaya, ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan menghadiri Program Pengurusan Lanjutan di Harvard Business School, Harvard University, AS. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
 |
 |
 |
 |
|