Skip to main content

Mengenai KWAP

 
English  |   Login Anggota KWAP Warna Biru Warna Oranye Reset Decrease Font Size Reset Font Size Increase Font Size Pilih teks dan klik di sini untuk pidato
Bahasa Malaysia
Laman Utama
Mengenai KWAP
Korporat
Caruman
Pelaburan
Pengurusan Risiko
Prestasi Perniagaan
Interaktif
Bahasa Malaysia > Mengenai KWAP > Pages > TransformationJourney.aspx  

You are here: Skip Navigation LinksMengenai KWAP > Program Tranformasi
 
.................................................
"KWAP mencatatkan ROI Bersih sebanyak 7.34% dan Kadar Pulangan Wajar Masa (TWRR) sebanyak 8.88% pada tahun 2010 "
.................................................
 
Program Transformasi
Pada Mei 2008, Lembaga telah memberi kelulusan kepada KWAP untuk mengkaji semula dan mempertingkatkan model perniagaan sedia ada dan keupayaannya bagi membolehkan KWAP mencapai visinya untuk menjadi dana yang berprestasi tinggi serta menjamin faedah pencen yang berkekalan.
Teras Strategik
 
Kajian tersebut mencadangkan supaya KWAP mengguna pakai model pengurusan aset yang berasaskan pulangan di mana model ini memberi penekanan terhadap pertumbuhan saiz dananya bagi membiayai liabiliti pencen Kerajaan. Untuk mencapai matlamat ini, KWAP telah merangka empat teras strategik seperti berikut:
 
Klik untuk besarkan imej
 
 
Meningkatkan Pulangan Selepas Pelarasan Risiko
  • Untuk mempertingkatkan pulangan selepas pelarasan risiko, KWAP akan mempelbagaikan pelaburannya dalam kelas aset yang baru termasuklah kategori aset asing. Ini akan dicapai dengan mengkaji semula Peruntukan Aset Strategik (“SAA”) sedia ada dan beralih kepada SAA baru yang dijangka akan memberi pulangan yang lebih baik dalam lingkungan parameter risiko yang ditetapkan.
Penerapan Kesedaran Pengurusan Risiko
  • Pengurusan risiko tidak tertumpu hanya kepada penubuhan fungsi pengurusan risiko di dalam organisasi sahaja tetapi lebihmenjurus kepada penerapan amalan pengurusan risiko dalam setiap aspek aktiviti di seluruh peringkat organisasi. Dengan mengambil kira perkara di atas dan ditambah pula dengan suasana pelaburan kompleks yang mungkin akan dihadapi oleh KWAP pada masa akan datang, penerapan kesedaran pengurusan risiko telah dipilih sebagai satu daripada teras strategik KWAP.
Penerapan Budaya Prestasi
  • Kaedah pelaburan dan pengurusan risiko yang betul tidak menjamin kejayaan sesebuah organisasi melainkan wujudnya penyelarasan antara sasaran organisasi dan kakitangan. Untuk mencapainya, adalah penting bagi KWAP untuk membentuk persekitaran kerja yang mempunyai akauntabiliti yang jelas, Penunjuk Prestasi Utama dan skim ganjaran berasaskan prestasi yang sesuai.
Pengurusan Profesional yang Berkebolehan
  • Atas kesedaran bahawa sumber manusia merupakan aset paling penting bagi KWAP untuk mencapai sasarannya, pengurusan profesional yang berkebolehan secara efektif telah dikenal pasti sebagai satu lagi teras strategik. Ini memerlukan KWAP mengkaji bagaimana ia boleh membangunkan kebolehan dalamannya secara optimum disamping menarik profesional-profesional baru yang berkebolehan, dengan memberi penekanan terhadap permintaan organisasi bagi kemahiran dan kepakaran teknikal serta bakat kepimpinan untuk memacu KWAP ke tahap yang seterusnya.
 
Model Perniagaan
 

Untuk merealisasikan empat teras strategik ini, program transformasi dengan 20 inisiatif telah dikenal pasti untuk dilaksanakan dalam tempoh 2 tahun seperti yang ditunjukkan di bawah:

Klik untuk besarkan imej
 
  • Untuk memastikan keberkesanan pelaksanaan program transformasi, Pejabat Pengurusan Projek (“PMO”) telah dibentuk pada Ogos 2008, yang bertanggungjawab untuk:

    PMO melapor terus kepada Ketua Pegawai Eksekutif dan memaklumkan kemajuan program transformasi kepada Lembaga pada setiap bulan dengan mengetengahkan isu-isu untuk panduan dan keputusan.
  • Oleh kerana pengurusan perubahan adalah integral kepada kejayaan program transformasi ini, maka fokus perubahan pengurusan disasarkan kepada:


 

 

Teras Strategik
Model Perniagaan