Skip to main content

Mengenai KWAP

 
English  |   Login Anggota KWAP Warna Biru Warna Oranye Reset Decrease Font Size Reset Font Size Increase Font Size Pilih teks dan klik di sini untuk pidato
Bahasa Malaysia
Laman Utama
Mengenai KWAP
Korporat
Caruman
Pelaburan
Pengurusan Risiko
Prestasi Perniagaan
Interaktif
Bahasa Malaysia > Mengenai KWAP > Pages > PensionValueChain.aspx  

You are here: Skip Navigation LinksMengenai KWAP > Rantaian Nilai Persaraan Malaysia
 
.................................................
"KWAP mencatatkan ROI Bersih sebanyak 7.34% dan Kadar Pulangan Wajar Masa (TWRR) sebanyak 8.88% pada tahun 2010 "
.................................................
 
Rantaian Nilai Pengurusan Pembiayaan Persaraan di Malaysia
Diagram di bawah menunjukkan rantaian nilai pengurusan pembiayaan persaraan di Malaysia dengan peranan KWAP dalam konteks perkhidmatan awam berpencen seperti berikut:
Klik untuk besarkan imej
Menguruskan Kutipan Dana
Kerajaan Persekutuan menyumbang 5% daripada jumlah emolumen tahunan yang dibajetkan bagi kakitangan Kerajaan Persekutuan manakala Badan Berkanun, Pihak Berkuasa Tempatan dan Agensi menyumbang 17.5% daripada gaji hakiki pekerja berpencen masing-masing kepada KWAP setiap bulan.
   
Menetapkan Polisi dan Garis Panduan Pelaburan
Panel Pelaburan bertanggungjawab menetapkan, meluluskan dan menyemak secara berkala Polisi dan Garis Panduan Pelaburan KWAP dan seterusnya mencadangkan kepada Lembaga untuk kelulusan. Aktiviti-aktiviti pelaburan KWAP adalah tertakluk kepada Polisi dan Garis Panduan Pelaburan tersebut.
   
Pengurusan Dan Pengawasan Pelaburan
KWAP melabur dananya di dalam kelas-kelas aset mengikut Peruntukan Aset Strategik dan Polisi dan Garis Panduan Pelaburan seperti yang dicadangkan oleh Panel Pelaburan dan diluluskan oleh Lembaga. Aktiviti pelaburan dilakukan oleh kakitangan-kakitangan pelaburan yang profesional, mahir dan berpengalaman.

Status dan prestasi pelaburan KWAP dilaporkan secara berkala kepada Lembaga dan Panel Pelaburan. Analisis prestasi termasuk prestasi relatif berbanding indeks tanda aras serta sasaran pulangan mutlak bagi setiap kelas aset.