|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
You
are here:
Mengenai KWAP > Tenaga Kerja
|
|
.................................................
|
|
"KWAP mencatatkan ROI Bersih sebanyak 7.34% dan Kadar Pulangan Wajar
Masa (TWRR) sebanyak 8.88% pada tahun 2010 "
|
|
.................................................
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Tenaga Kerja
|
| Tenaga Kerja Adalah Aset Utama
Kami |
|
Keupayaan
kami untuk terus mencapai matlamat dan melepasi sasaran yang ditetapkan
berkait rapat dengan kualiti individu yang berkhidmat dalam organisasi
ini. Individu berkebolehan tinggi yang terlatih dan bermotivasi tinggi
merupakan aset utama dan pelaburan kami yang paling menguntungkan.
Sebagai organisasi yang terus mengejar prestasi dan kecemerlangan, kami
sentiasa memberikan tumpuan terhadap pembangunan warga kerja dengan
menawarkan Proposisi Nilai Warga Kerja berikut:
|
- Kami memberi peluang kepada individu untuk menyumbang ke arah
pembangunan industri pengurusan dana negara
- Kami menyediakan peluang peningkatan peribadi dan profesional
- Kami menawarkan ganjaran yang berdaya saing dan persekitaran
kerja yang menggalakkan
|
| |
|
| Membangunkan Warga Kerja |
|
Komitmen
kami terhadap pembangunan warga kerja terbukti melalui peluang-peluang
latihan dan pembangunan yang ditawarkan kepada kakitangan di setiap
peringkat. Di samping program-program latihan rasmi yang disediakan,
kami sentiasa menggalakkan kakitangan untuk mengembangkan jaringan perhubungan
di kalangan warga industri dan mengemaskini maklumat dan pengetahuan
berkaitan perkembangan terkini di dalam industri dengan menyertai seminar-seminar
yang dianjurkan di dalam dan juga luar negara.
Sebagai sebuah organisasi yang berpegang kepada nilai pembelajaran berterusan
di kalangan warga kerja, perkongsian pengetahuan dan maklumat merupakan
antara inisiatif yang sentiasa diberi penekanan. Untuk itu, sesi perkongsian
pengetahuan sering dijalankan di kalangan kakitangan bagi memastikan
perkongsian dan perpindahan pengetahuan dan maklumat sentiasa berlaku
di dalam organisasi.
Di dalam usaha membentuk kakitangan yang berkebolehan menyeluruh, kami
turut menumpukan usaha membangunkan keyakinan diri, kebolehan kepimpinan
dan kemahiran pengurusan kakitangan melalui berbagai-bagai jenis inisiatif.
Antara insiatif-inisiatif yang dimaksudkan termasuklah sesi pengucapan
umum di mana kakitangan digalakkan untuk menyampaikan pengucapan umum
berkaitan tajuk-tajuk pilihan mereka, penyertaan di dalam sesi perbincangan
kajian kes-kes perniagaan dan juga berkongsi pandangan dan idea di dalam
sesi persembahan video pengurusan yang disampikan oleh speaker-speaker
dan tokoh-tokoh terkenal di dalam bidang pengurusan.
|
| |
|
| Pengurusan Prestasi |
|
Komitmen
kami di dalam membentuk budaya kerja berprestasi tinggi di organisasi
ini dapat dibuktikan dengan pengenalan akauntabiliti yang jelas dan
Petunjuk Utama Prestasi (KPI) bagi setiap kakitangan. Bagi memastikan
kejayaan organisasi, tumpuan diberikan terhadap pembentukan jangkaan
dan matlamat yang jelas di kalangan kakitangan dan para pemimpin, dan
di dalam memastikan jangkaan dan matlamat tersebut selaras dengan objektif
perniagaan KWAP.
Kami berusaha membina sebuah organisasi yang unik, memiliki kualiti
pengurusan yang cemerlang, mengamalkan keterbukaan dan memiliki keinginan
tinggi bagi mencapai kecemerlangan. Di KWAP, kami sentiasa menghargai
prestasi dan mengiktiraf kecemerlangan. |
| |
|
| Keseimbangan Hidup |
|
Di sebalik
tuntutan tugas yang mencabar di dalam memenuhi matlamat organisasi,
kami sentiasa memberi penekanan terhadap keseimbangan di antara kerjaya
dan kehidupan peribadi. Kami berusaha gigih bagi memastikan kakitangan
KWAP dapat menikmati suasana kerja yang harmoni dan kondusif di pejabat.
Kami percaya bahawa prestasi kerja anggota adalah berkait rapat dengan
keupayaan mereka mengekalkan keseimbangan di antara kerjaya dan kehidupan
peribadi.
Di dalam mencapai matlamat tersebut, kami sentiasa menggalakkan kakitangan
menyertai aktiviti-aktiviti kesihatan, sukan dan tanggungjawab sosial
korporat.
Di samping mempromosikan gaya hidup sihat di kalangan kakitangan, KWAP
turut menerima baik dan meraikan sumbangan ahli-ahli keluarga kakitangan
terhadap kejayaan organisasi melalui aktiviti-aktiviti seperti hari
keluarga, majlis makan malam tahunan dan berbagai-bagai majlis keraian
lain. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
 |
 |
 |
 |
|