​​Wakil Pesara

Takrifan dan Tanggungjawab Wakil Pesara
Wakil Pesara adalah seseorang yang telah dilantik oleh pesara/ penerima pencen untuk menjadi orang yang bertanggungjawab dalam menguruskan segala urusan yang berkaitan dengan pencen.

Takrifan Wakil Pesara
Wakil Pesara adalah seseorang yang telah dilantik oleh pesara/ penerima pencen untuk menjadi orang yang bertanggungjawab dalam menguruskan segala urusan yang berkaitan dengan pencen.

Tanggungjawab Wakil
  • Memaklumkan kepada Bahagian Pasca Perkhidmatan dengan segera apabila pesara atau penerima pencen meninggal dunia atau hilang kelayakan di bawah Undang-undang Pencen yang berkuatkuasa;
  • Membayar balik pencen yang terlebih bayar akibat daripada kegagalan wakil memberi maklumat ​​kepada Bahagian Pasca Perkhidmatan mengenai kematian penerima pencen tunggal dalam masa tujuh hari dari tarikh kematian; dan
  • Memaklumkan sebarang perubahan alamat dan nombor telefon atau lain-lain maklumat berkaitan pesara, penerima atau wakil kepada Bahagian Pasca Perkhidmatan.

Jenis-Jenis Wakil Pesara
Terdapat 2 jenis wakil iaitu wakil pesara Skim A dan Wakil pesara Skim B. 

​​
Wakil Diri Skim AWakil Diri Skim B
Syarat
  • Berumur 21 tahun ke atas
  • Menetap di Malaysia
  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 21 tahun ke atas
  • Menetap di Malaysia
  • Warganegara Malaysia
Tempoh Kuatkuasa
  • Sehingga pesara / penerima pencen terbitan meninggal dunia atau permohonan pembatalan wakil oleh wakil diri atau pesara
  • Berkuasa setahun dari tarikh surat kelulusan
  • Perlu diperbaharui setiap tahun
Tanggungjawab Wakil
  • Maklumkan Bahagian pencen apabila berlaku kematian pesara

 

 

  • Maklumkan Bahagian pencen apabila berlaku kematian pesara
  • Mengisi borang tuntutan pencen di kaunter bank untuk wang pencen dikreditkan ke dalam akaun bank pesara ​


Wakil Pesara adalah seseorang yang telah dilantik oleh pesara/ penerima pencen untuk menjadi orang yang bertanggungjawab dalam menguruskan segala urusan yang berkaitan dengan pencen.​​
Terbatalnya Kelayakan Sebagai Wakil
Permohonan pembatalan pelantikan wakil pesara (skim A/Skim B) boleh dibuat oleh pesara / penerima pencen atau oleh wakil pesara yang dilantik itu sendiri. Permohonan boleh dibuat dengan mengemukakan permohonan secara bertulis kepada Bahagian ini dengan dinyatakan sebab-sebab permohonan pembatalan tersebut.​
Menukar Cara Pembayaran Skim B kepada Skim A Berwakil
Pesara / Penerima pencen terbitan boleh menukar skim bayaran secara kredit terus ke dalam akaun setiap bulan iaitu melalui Skim A (Berwakil) di mana penerima pencen tidak perlu hadir ke kaunter bank untuk menuntut wang pencen, sebaliknya mereka boleh mengeluarkan pencen bulanan di mana-mana cawangan bank yang telah di pilih (yang menyertai SPB) dengan syarat akaun bank yang digunakan adalah akaun perseorangan (Akaun Simpanan/GIRO atau Akaun Semasa).​

Pesara / Penerima pencen terbitan boleh menukar skim bayaran secara kredit terus ke dalam akaun setiap bulan iaitu melalui Skim A (Berwakil) di mana penerima pencen tidak perlu hadir ke kaunter bank untuk menuntut wang pencen, sebaliknya mereka boleh mengeluarkan pencen bulanan di mana-mana cawangan bank yang telah di pilih (yang menyertai SPB) dengan syarat akaun bank yang digunakan adalah akaun perseorangan (Akaun Simpanan/GIRO atau Akaun Semasa).

Wakil Pesara 
Pesara / penerima pencen perlu melantik seorang wakil bagi tujuan memaklumkan Bahagian Pasca Perkhidmatan dengan segera apabila pesara atau penerima pencen meninggal dunia atau hilang kelayakan di bawah Undang-undang Pencen.​
Permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang JPA.BP.SKP.B08​ (muat​​​​ turun​) – Permohonan Pelantikan Wakil Skim A. Borang permohonan yang telah dilengkapkan perlu dilampirkan salinan kad pengenalan wakil sama ada melalui pos atau serahan di kaunter Bahagian ini.​​​
Memaklumkan Kematian Pesara / Penerima Pencen Terbitan
Wakil boleh melaporkan kematian pesara dengan:

  • Menghubungi Bahagian ini di talian 03-8887 8777
  • ​​Wakil juga boleh memaklumkan kematian dengan hadir terus ke kaunter perkhidmatan Bahagian Pengurusan Pencen KWAP​

*Sila kemukakan salinan sijil kematian arwah dikemukakan semasa pemakluman dilakukan​.​​​