​Pesara

Penyata Pencen
Pesara atau pencerima pencen terbitan boleh mencetak penyata secara atas talian seperti pautan, klik di sini​ .​​​
Pertukaran Akaun Bank
Pertukaran akaun bank bagi pesara/penerima pencen hanya dibenarkan untuk dibuat sekali sahaja dalam tempoh setahun bagi mengelakkan gangguan terhadap sistem bayaran pencen setiap kali bayaran pencen bulanan dilaksanakan.  Kelulusan untuk pertukaran akaun bank adalah tertakluk kepada pertimbangan pihak KWAP. Setiap permohonan yang dibuat perlu disertakan dengan surat Permohonan Pertukaran Akaun Bank.

Muat Turung Borang​​​​​​​
Senarai Bank pembayar Pencen

Berikut adalah senarai bank yang menyertai Sistem Pembayaran Pencen (SBP) :

  1. Bank Muamalat (M) Berhad
  2. Malayan Banking Berhad (Maybank)
  3. Bank Simpanan Nasional
  4. Affin Bank Berhad
  5. CIMB Bank Berhad
  6. Bank Islam Malaysia Berhad
  7. Public Bank Berhad​
  8. Alliance Bank Berhad
  9. RHB Bank Berhad
  10. HSBC Bank Malaysia Berhad​​​
  11. Bank Kerjasama Rakyat (Malaysia) Berhad
  12. Hong Leong Bank Berhad
  13. Agro Bank Berhad

Catatan :
Penggunaan akaun CIMB Islamic untuk pembayaran di bawah Skim B adalah tidak dibenarkan.​​​
Kemaskini Maklumat Perkahwinan / Penceraian / Anak
Pengemaskinian maklumat perkahwinan dan penceraian serta maklumat anak boleh dibuat dengan memaklumkan Bahagian ini secara bertulis dengan dilampirkan sesalinan sijil nikah, sijil penceraian atau sijil kelahiran (yang mana berkaitan).​​
Penyelarasan Pencen
Bermula 1 Januari 2013, kaedah penyelarasan pencen ditambahbaik yang mana pesara akan menikmati kenaikan pencen sebanyak dua peratus (2%) setahun yang dibuat pada Januari setiap tahun.

Mulai 1 Julai 1980 sehingga tahun 2012, penyelarasan pencen dilakukan apabila berlakunya semakan gaji penjawat awam. Umumnya, semakan gaji penjawat awam berlaku sekali dalam tempoh empat atau lima tahun. ​

Bermula Januari 2013, kaedah penyelarasan pencen ditambahbaik yang mana pesara akan menikmati kenaikan pencen sebanyak dua peratus (2%) setahun yang dibuat pada Januari setiap tahun.