​​​​Bakal Pesara ​​​​

Cara Pembayaran Faedah Persaraan

Cara Pembayaran Faedah

Pencen / Pencen Terbitan / Elaun Bersara / Elaun Bersara Terbitan / Pencen Hilangupaya / Pencen Tanggungan

Kredit terus (EFT) / Waran

Ganjaran / Ganjaran Terbitan

Kredit terus (EFT)

Pemberian Wang Tunai Gantian Cuti RehatKredit terus (EFT)

​ ​

Skim Pembayaran Pencen Melalui Bank

 ​​​Skim A 
  • Pesara yang mempunyai suami / isteri yang dikahwini (masih hidup) semasa dalam perkhidmatan akan dibayar pencen bulanan melalui skim A
  • Bayaran bulanan dikreditkan terus ke dalam akaun bank pesara

 Skim A Berwakil
  • Bagi pesara bujang, penerima pencen terbitan, pencen tanggungan, pesara yang berkahwin semula selepas persaraan, mereka boleh memohon untuk dibayar pencen bulanan melalui skim A berwakil dengan syarat akaun bank yang digunakan adalah akaun perseorangan
  • Permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang JPA.BP.SKP.B08 (muat ​turun)​

 Skim B​​​​​​​​
  • Bayaran melalui Skim B biasanya dibuat kepada pesara uzur dan anak cacat melalui akaun bersama 
  • Seorang wakil dilantik untuk menguruskan pencen bulanan penerima
  • Penerima / wakil perlu hadir ke kaunter bank dan mengisi borang tuntutan pencen di kaunter bank setiap bulan untuk membolehkan wang pencen bulanan dikreditkan ke dalam akaun bank penerima
  • Jika bayaran pencen tidak dituntut melebihi tiga (3) bulan berturut-turut, bayaran pencen akan ditahan​​​​​
Persaraan Pilihan Sendiri
Persaraan Pilihan Di Bawah Seksyen 12 Akta 227 / 239

Permohonan melalui Ketua Jabatan:-

  • Umur melebihi 40 tahun;
  • Mempunyai tempoh perkhidmatan tidak kurang daripada 10 tahun yang boleh dimasukira;
  • Telah disahkan ke dalam jawatan dan diberi taraf berpencen.

Baca Lagi​
Mengelakkan Kelewatan Pembayaran Faedah Persaraan
  • Sila Semak dan kemaskini Buku Rekod Perkhidmatan serta Rekod Cuti 2 tahun sebelum bersara. Jika ada yang bermasalah, mohon dijelaskan dalam surat iringan;
  • Bakal pesara dikehendaki memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Jabatan dan KWAP dalam urusan memproses persaraan​;
  • Untuk memudahkan prosedur, sila hantar dokumen persaraan yang lengkap kepada Jabatan tidak lewat 3 bulan sebelum tarikh bersara;
  • Semua dokumen perlu dikemukakan sekaligus;
  • Gunakan HRMIS sepenuhnya.


Opsyen Yang Terlibat Apabila Berlaku Penswastaan
Terdapat empat (4) opsyen yang ada untuk penamatan perkhidmatan bakal pesara apabila berlaku penswastaan iaitu:

  • Bersara setelah dilantik untuk berkhidmat dalam pertubuhan
  • Ditamatkan perkhidmatan
  • Bersara pilihan
  • Bersara kerana jawatan yang dipegang dihapuskan

Baca Lagi​​​​​
Perletakan Jawatan
Bagi anggota yang meletakkan jawatan atau dikenakan tindakan tatatertib buang kerja, mereka tidak layak menerima faedah persaraan.​​​