Mengenai Persaraan​

Selaras dengan Program Transformasi Kerajaan yang dilaksanakan kerajaan, KWAP telah dipertanggungjawab untuk mengambilalih fungsi prosesan dan pembayaran faedah persaraan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam(JPA). Inisiatif ini dijangka akan dapat meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan dan prosesan pembayaran faedah persaraan yang lebih efisien kepada pesara.

Senarai Perkhidmatan yang ditawarkan KWAP:

  • Menguruskan pengiraan tempoh perkhidmatan dan Faedah Persaraan;
  • Memproses bayaran faedah persaraan yang merangkumi bayaran Ganjaran Perkhidmatan, Wang Gantian Cuti Rehat, pencen bulanan, Bantuan Mengurus Jenazah, bayaran balik tuntutan ubat dan alatan perubatan serta bayaran lain yang ditetapkan oleh Kerajaan dari semasa ke semasa;
  • Memproses penyelarasan pencen;
  • Memproses potongan Faedah Persaraan bagi hutang-hutang kerajaan atau atas perintah mahkamah;
  • Memproses bayaran balik kepada Agensi atau individu bagi potongan daripada Faedah Persaraan;
  • Memproses pemberhentian/penggantungan bayaran pencen
  • ​Pengurusan fail dan dokumentasi persaraan​

Bagi sebarang pertanyaan, sila hubungi Khidmat Pelanggan kami di:​​
​Pusat Panggila​n​​​​​​​​: +​603 – 8887 8777​
​Eme​l​​​: mypesara​​@kwap.gov.my
Alamat :​ Jabatan Perkhidmatan Persaraan, Aras 2,
 SkyTech Tower 2, Jalan Teknokrat 2, Cyber 4,
 63000 Cyberjaya, Selangor
Koordinat : Jabatan Perkhidmatan Persaraan​​​​