Soalan Lazim

Sekiranya anda tidak mendapat sebarang jawapan, sila hubungi kami.

Apakah aktiviti utama KWAP?
Aktiviti utama KWAP adalah mengurus caruman dan pelaburan Kumpulan Wang serta mengurus pembayaran pencen.
Apakah jenis pelaburan KWAP?
Akta KWAP membenarkan pelaburan berdasarkan peruntukan aset untuk pendedahan dalam negeri dan antarabangsa seperti ekuiti, sekuriti pendapatan tetap, instrumen pasaran wang dan lain-lain bentuk pelaburan yang telah disemak oleh Panel Pelaburan dan mendapat kelulusan Lembaga. Pelaburan KWAP juga menyokong ESG dan pematuhan syariah.​

Apakah perbezaan di antara sumbangan yang dibuat kepada KWAP dan KWSP?

KWAP hanya menguruskan sumbangan daripada kakitangan tetap kerajaan dengan status berpencen dan yang sedang berkhidmat dengan Badan Kawalselia dan Pihak Berkuasa Tempatan manakala KWSP menguruskan sumbangan daripada pekerja sektor swasta dan kakitangan kerajaan yang memilih untuk mencarum kepada KWSP.

Adakah KWAP mempunyai cawangan di setiap negeri?
Tidak. Pada masa kini, KWAP hanya beroperasi dari pejabat utama di Kuala Lumpur manakala Perkhidmatan Persaraan beroperasi dari pejabat Cyberjaya di mana ia terletak berhampiran dengan pejabat-pejabat Kerajaan.
Adakah KWAP membuat bayaran pencen kepada pegawai kerajaan yang telah bersara?

Sejak akhir tahun 2015, KWAP bertindak sebagai ejen Kerajaan Persekutuan bagi tujuan pembayaran pencen, ganjaran atau faedah lain yang diluluskan di bawah mana-mana undang-undang bertulis untuk dana yang disatukan sebagaimana yang dipersetujui antara Kerajaan Persekutuan dan KWAP, manakala dasar pencen diuruskan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam.

Adakah KWAP membayar dividen kepada ahli-ahli yang menyumbang?
Tidak, pada masa ini KWAP tidak memberi dividen atas caruman bulanan ahli-ahlinya.​
Adakah KWAP menghantar penyata tahunan kepada pencarum?
Tidak. KWAP tidak menghantar penyata tahunan kepada pencarum. Walau bagaimanapun, laporan tahunan KWAP diedarkan kepada majikan yang mencarum.
Bagaimanakah saya mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai KWAP?
Untuk maklumat dan perhubungan awam, sila emel kepada corpaffairs@kwap.gov.my ​ atau hubungi talian utama kami di +603 2174 8000 atau talian mPesara di + 603-8887 8777​