Pendapatan Tetap

Mengenai Jabatan Pendapatan Tetap

Pendapatan Tetap seperti sekuriti kerajaan, bon korporat dan deposit jangka pendek merangkumi sekitar 70-73% dari jumlah portfolio pelaburan KWAP. KWAP bergiat aktif dalam pasaran modal primer dan sekunder di Malaysia.

Objektif utama kami sebagai pengurus dana pendapatan tetap ialah memilih instrumen pelaburan yang menawarkan pulangan terbaik yang meminimumkan risiko dan memaksimumkan pulangan ke atas portfolio pelaburan dalam pelbagai keadaan pasaran.

Objektif strategik kami ialah untuk menandingi penanda aras selaras dengan tahap risiko dan menepati P​olisi dan Garis Panduan Pelaburan KWAP.

Jabatan ini telah melancarkan beberapa inisiatif bagi memantapkan strategi dan mengukuhkan lagi proses pelaburan untuk membolehkan langkah proaktif diambil dalam mengurus pelaburan pendapatan tetap dan penganalisisan kredit pelaburan. Salah satu daripada inisiatif ini adalah program Institutional Securities Custodian Program (ISCAP) yang bertujuan mempertingkatkan dagangan pasaran bon dan seterusnya meningkatkan pendapatan KWAP. Selain itu, proses penilaian kredit pendapatan tetap telah dirangka untuk meminimumkan risiko dan memaksimumkan pulangan ke atas portfolio pelaburan.

Strategi jabatan dirangka untuk mempelbagaikan dan memantapkan portfolio pelaburan dengan:

  • Membina portfolio berlandaskan Polisi dan Garis Panduan Pelaburan KWAP;
  • Mengenal pasti tema pelaburan makro yang merangsang pasaran pendapatan tetap dan member keutamaan kepada tempoh, keluk pulangan dan sektor tertentu;
  • Membangunkan sistem penilaian dan pemarkahan sendiri;
  • Pengagihan risiko menerusi analisis kuantitatif untuk memaksimumkan kecekapan pelaburan.​​​