Ekuiti

Penilaian Broker

Polisi dan Panduan Pelaburan KWAP memerlukan sekurang-kurangnya dua kali penilaian tahunan pihak itu. Penekanan yang tinggi diletakkan terhadap penilaian broker dengan jangkaan tahap terbaik perkhidmatan daripada broker yang berurusan dengan KWAP. Ini juga memastikan bahawa kualiti perkhidmatan oleh broker setimpal dengan tahap perkhidmatan yang disediakan. Satu kaedah yang jelas dan telus dalam penilaian broker telah diwujudkan.

Kriteria Penilaian

Broker dinilai melalui 3 kriteria penting iaitu Dealing, Penyelidikan and Back Office. Carta dibawah menunjukkan kriteria dengan lebih lanjut:
eq_counterparty.png

Keputusan Pemantauan

Broker dikategorikan kepada 4 kumpulan peringkat yang berbeza yang menentukan peruntukan perkhidmatan yang hendak diberikan bagi tempoh berkenaan. Keputusan penilaian disampaikan kepada Jawatankuasa Pelaburan, Panel Pelaburan dan juga broker masing-masing.