Pelaburan Alternatif

Mengenai Jabatan Pelaburan Alternatif

Objektif Jabatan Pelaburan Alternatif adalah untuk merancang, melaksana, memantau dan melapor aktiviti pelaburan dana KWAP yang diuruskan oleh pengurus dana luar.

Aktiviti Utama

  • Membangun pelan tindakan untuk melabur dana KWAP di dalam dan luar negara menerusi pengurus dana luar yang telah dilantik bagi menguruskan dana ekuiti, pendapatan tetap, dana ekuiti persendirian dan ekuiti tidak tersenarai.
  • Melaksana aktiviti-aktiviti pelaburan yang diluluskan oleh Panel Pelaburan dan Lembaga KWAP.
  • Memantau aktiviti-aktiviti pelaburan dan menilai prestasi pengurus dana luar dan ekuiti tidak tersenarai secara berkala, termasuk menghadiri mesyuarat bersama pengurus dana dan jawatankuasa yang ditubuhkan untuk tujuan tersebut.
  • Melapor secara berkala aktiviti-aktiviti pelaburan dan prestasi pengurus dana luar serta ekuiti tidak tersenarai kepada Jawatankuasa Pelaburan, Panel Pelaburan dan Lembaga KWAP.
  • Membangun, mengekal dan menyemak manual prosedur kerja yang bersesuaian untuk operasi Jabatan Pelaburan Alternatif.
  • Berusaha untuk mencapai sasaran pulangan pendapatan tahunan di bawah ruang lingkup Jabatan Pelaburan Alternatif.​