Soalan Lazim

Sekiranya anda tidak mendapat sebarang jawapan, sila hubungi kami.

Siapa patut mencarum?
Setiap badan berkanun, pihak berkuasa tempatan dan agensi yang mempunyai kakitangan yang bertaraf berpencen perlu mencarum kepada KWAP.
Siapa majikan?
Majikan terdiri daripada badan-badan berkanun (Persekutuan atau Negeri), pihak berkuasa tempatan dan agensi yang mempunyai kakitangan tetap atau pinjaman yang bertaraf pencen.
Bilakah majikan perlu membayar caruman pencen ?
Majikan perlu membayar caruman pencen mulai tarikh Pemberian Taraf Berpencen (PTB) atau tarikh kakitangan mula berkhidmat dengan majikan.
Bilakah tarikh bayaran caruman pencen?
Tarikh bayaran pencen ialah pada hari terakhir bulan berikutnya.
Apa terjadi sekiranya majikan gagal menjelaskan caruman tersebut dalam tempoh yang dinyatakan?
Majikan tesebut akan dikenakan denda pada kadar 0.5% dari jumlah caruman bagi setiap bulan caruman tersebut tidak dibayar.
Berapakah kadar caruman pencen?
Kadar caruman adalah 17.5% dari gaji hakiki kakitangan berpencen.
Apakah dokumen yang diperlukan untuk mendaftarkan majikan ?

Dokumen yang diperlukan untuk pendaftaran majikan adalah :

  • Surat permohonan majikan
  • Salinan Akta yang menunjukkan penubuhan sesebuah badan berkanun atau pihak berkuasa tempatan.
Apakah dokumen yang diperlukan untuk mendaftarkan ahli?
  • Surat permohonan majikan
  • Borang Pendaftaran Ahli (Format CP1)
  • Salinan surat kelulusan Pemberian Taraf Berpencen (PTB) oleh Jabatan Perkhidmatan Awam
Siapakah ahli KWAP ?

Ahli KWAP adalah kakitangan badan-badan b​erkanun, pihak berkuasa tempatan dan agensi yang mempunyai taraf berpencen dan telah mendaftar dengan KWAP.

Adakah KWAP menghantar Penyata Caruman tahunan kepada majikan yang mencarum ?
KWAP tidak menghantar Penyata Caruman tahunan kepada majikan yang mencarum.