Mengenai Caruman

Salah satu tanggungjawab utama KWAP ialah menguruskan caruman pencen yang dibayar oleh majikan selaras dengan Akta Pencen Pihak -pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 1980 (Akta 239) dan Pekeliling Perkhidmatan Bil. 12 Tahun 2008 - Dasar dan Prosedur Pelantikan Secara Peminjaman, Pertukaran Sementa​ra dan Pertukaran Tetap. Menurut Akta ini, majikan yang terdiri daripada badan-badan berkanun, pihak-pihak berkuasa tempatan dan agensi diwajibkan mencarum kepada KWAP bagi kakitangan yang diberi taraf berpencen oleh Jabatan Perkhidmatan Awam.​​​

Agensi-agensi yang terlibat dalam mengutip caruman pencen

Sebelum 1 Januari 1979, tanggungjawab untuk mengutip caruman pencen ini telah dijalankan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja. Lain-lain agensi kerajaan yang terlibat dalam mengutip caruman pencen ialah Jabatan Perkhidmatan Awam, Perbendaharaan Malaysia dan Jabatan Akauntan Negara. Berkuatkuasa 1 Mac 2007 kutipan caruman pencen adalah di bawah tanggungjawab Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan).​​

Baca Lagi​

Statistik Kutipan Caruman

Jumlah keseluruhan caruman bagi bulan Januari hingga 30 Jun 2016 ialah RM1,343.17 juta yang merangkumi RM810.14 juta terimaan syer kerajaan dan RM533.03​ juta caruman majikan.​

Baca Lagi​

Statistik Majikan dan Ahli

Majikan KWAP merangkumi badan-badan berkanun, pihak-pihak berkuasa tempatan dan agensi yang mempunyai kakitangan yang bertaraf pencen. Pada masa ini, terdapat 510 majikan yang mencarum untuk 182,432 orang ahli.​​

Baca Lagi​

Tugas dan Tanggungjawab Majikan

Majikan adalah bertanggungjawab untuk melaksanakan tugas perkara berikut:​

Baca Lagi​