Pendaftaran

Pendaftaran Majikan

Sesebuah badan berkanun, pihak berkuasa tempatan atau organisasi hendaklah didaftarkan sebagai majikan KWAP apabila:

  • Badan berkanun atau pihak berkuasa tempatan telah ditubuhkan, dan​
  • Kakitangan badan berkanun / pihak berkuasa tempatan /organisasi tersebut mempunyai kakitangan yang telah mendapat PTB daripada JPA

Dokumen-dokumen berikut hendaklah dikemukakan untuk mendaftarkan majikan :

  • Surat permohonan pendaftaran oleh majikan​
  • Salinan Akta atau dokumen lain yang mengesahkan bahawa badan berkanun atau pihak berkuasa tempatan tersebut telah ditubuhkan.

Pendaftaran Ahli

Adalah menjadi tanggungjawab majikan untuk mendaftarkan kakitangannnya apabila kakitangan tersebut telah mendapat Pemberian Taraf Berpencen (PTB) daripada Jabatan Perkhidmatan Awam.

Dokumen-dokumen berikut hendaklah dikemukakan untuk pendaftaran ahli :

  • Surat permohonan majikan
  • Borang CP1 (Pendaftaran Ahli)
  • Surat kelulusan pemberian taraf berpencen oleh Jabatan Perkhidmatan Awam​​

​Undang-Undang & Pekeliling​