​Penyata Kawalan Dalaman

​Tanggungjawab


Lembaga secara keseluruhannya bertanggungjawab untuk mengkaji dan mengekalkan sistem amalan pengurusan kawalan dalaman sewajarnya dan amalan pengurusan risiko untuk memastikan tadbir urus korporat yang baik. Kedua-dua elemen direka untuk mengurus dan mengurangkan risiko dalam tahap risiko bertoleransi yang diterima disamping mematuhi dasar, objektif dan mandat berkanun KWAP.

Lembaga turut mengiktiraf kewujudan proses berterusan untuk menilai keberkesanan dan integriti sistem kawalan dalaman melalui pengenalpastian, penilaian dan pengurusan risiko yang dihadapi oleh KWAP. Memandangkan batasan yang wujud dalam mana-mana sistem kawalan dalaman, sistem ini direka untuk mengurus dan bukannya menghapuskan risiko kegagalan dalam pencapaian matlamat dan objektif KWAP, dan oleh itu hanya menyediakan jaminan yang munasabah tetapi tidak mutlak terhadap salah nyata ketara, salah urus atau kerugian.

Sistem kawalan dalaman dinilai dan dikemaskini dari masa ke semasa, selaras dengan perubahan dinamik dalam persekitaran perniagaan atau profil risiko yang dihadapi oleh KWAP. Lembaga telah mengakui bahawa Pihak

Pengurusan bertanggungjawab melaksanakan polisi Lembaga, prosedur dan proses risiko dan kawalan. Peranan pihak pengurusan merangkumi:

• Mengenalpasti dan menilai risiko yang berkaitan dalam mencapai objektif dan strategi KWAP;
• Menggubal dasar dan prosedur untuk mengurus risiko yang berkaitan;
• Merekabentuk, melaksana dan memantau sistem kawalan dalaman yang kukuh; dan
• Melaporkan kepada Lembaga tepat pada masanya mengenai sebarang perubahan kepada risiko dan tindakan pembetulan yang diambil.

Proses Kawalan Dalaman Utama


Proses kawalan dalaman utama yang diwujudkan untuk mengkaji kecukupan dan integriti sistem kawalan dalaman adalah seperti berikut:

• Jawatankuasa Audit


Ia adalah sebuah jawatankuasa di peringkat Lembaga yang ditugaskan untuk memastikan penggubalan, kecukupan dan integriti sistem kawalan dalaman, menyediakan pengawasan, penyata kewangan KWAP serta pelaksanaan tanggungjawab pengurusan.
Semua penemuan penting yang dibangkitkan oleh juruaudit dalaman, juruaudit luaran dan pihak ketiga yang dilantik dalam kajian khas dilaporkan kepada Jawatankuasa Audit untuk kajian dan perbincangan. Jawatankuasa Audit sentiasa mengkaji dan memastikan pelaksanaan Pelan tindakan pengurusan untuk menangani penemuan yang dibangkitkan.

• Jawatankuasa Pengurusan Risiko


Jawatankuasa Pengurusan Risiko adalah untuk membantu Lembaga dalam melaksanakan fungsi pengurusan risiko serta penggubalan dan pelaksanaan strategi pengurusan risiko dan dasar. Dasar-dasar dan garis panduan ini menjadi asas bagi aktiviti-aktiviti pengurusan risiko di dalam KWAP. Antara cadangan mengenai dasar risiko pengurusan dan prosedur dan menentukan keinginan risiko, toleransi dan parameter kepada Lembaga untuk diterima pakai. Pada peringkat Pengurusan, Jawatankuasa Pengurusan Risiko Perniagaan ditubuhkan untuk membantu Jawatankuasa Pengurusan Risiko dalam membincangkan strategi pengurusan risiko, dasar dan garis panduan sebelum kelulusan. Antara fungsinya adalah untuk mengkaji dan menilai pendedahan risiko KWAP dan membuat keputusan yang bersesuaian dalam kawalan pengurangan risiko. Jawatankuasa Pengurusan Risiko juga bertanggungjawab untuk memastikan ketersediaan infrastruktur, sumber dan sistem bagi pengurusan risiko yang berkesan.


• Jawatankuasa Eksekutif


Jawatankuasa Eksekutif (EXCO) bertanggungjawab ke atas pelaksanaan dan penilaian serta komunikasi yang berkesan ke seluruh KWAP mengenai operasi utama dan keputusan pihak pengurusan.

• Rangka Kerja Pengurusan Teknologi Maklumat


Rangka Kerja Pengurusan Teknologi Maklumat (IT) baharu, yang diluluskan oleh Lembaga telah ditubuhkan untuk memberikan pihak berkepentingan jaminan bahawa perniagaan KWAP dapat memanfaatkan IT untuk menyampaikan faedah optimum, kawalan dilaksanakan ke atas maklumat dan sumber IT, risiko berkaitan IT dan pengurusan Pematuhan.

Polisi dan Prosedur Dalaman


Polisi, prosedur dan proses yang direkodkan dalam manual operasi dan garis panduan disemak secara berkala. Dokumen ini diguna untuk menentukan kepatuhan terhadap sistem kawalan dalaman.

• Sumber Manusia


Garis panduan yang baik bagi perekrutan dan penamatan perkhidmatan warga kerja, mengelakkan konflik berkepentingan, pengisytiharan harta dan liabiliti, penilaian prestasi setengah tahunan dan tahunan serta program latihan dirangka bagi menjamin kecekapan, keupayaan dan prestasi warga kerja untuk melaksanakan tanggungjawab secara profesional.

• Penilaian Prestasi


Pelan perniagaan tahunan dan bajet tahunan KWAP disediakan dan dibentangkan kepada Lembaga untuk semakan dan kelulusan. Disamping itu, prestasi sebenar KWAP dibandingkan dengan pelan perniagaan dan bajet yang diluluskan oleh Lembaga pada setiap bulan di mana perbezaan yang ketara, jika ada, akan dijelaskan oleh Pihak Pengurusan kepada Lembaga.