Rantaian Nilai Pengurusan Pembiayaan Persaraan di ​​​Malaysia

Diagram di bawah menunjukkan rantaian nilai pengurusan pembiayaan persaraan di Malaysia dengan peranan KWAP dalam konteks perkhidmatan awam berpencen seperti berikut:
​​​​​
Menguruskan Kutipan Dana
  • Kerajaan Persekutuan menyumbang 5% daripada jumlah emolumen tahunan yang dibajetkan bagi kakitangan Kerajaan Persekutuan manakala Badan Berkanun, Pihak Berkuasa Tempatan dan Agensi menyumbang 17.5% daripada gaji hakiki pekerja berpencen masing-masing kepada KWAP setiap bulan.​​​
Menetapkan Polisi dan Garis Panduan Pelaburan
  • ​Panel Pelaburan bertanggungjawab menetapkan, meluluskan dan menyemak secara berkala Polisi dan Garis Panduan Pelaburan KWAP dan seterusnya mencadangkan kepada Lembaga untuk kelulusan. Aktiviti-aktiviti pelaburan KWAP adalah tertakluk kepada Polisi dan Garis Panduan Pelaburan tersebut.​​​​​​​​
Pengurusan Dan Pengawasan Pelaburan

  • KWAP melabur dananya di dalam kelas-kelas aset mengikut Peruntukan Aset Strategik dan Polisi dan Garis Panduan Pelaburan seperti yang dicadangkan oleh Panel Pelaburan dan diluluskan oleh Lembaga. Aktiviti pelaburan dilakukan oleh kakitangan-kakitangan pelaburan yang profesional, mahir dan berpengalaman. 
​​
  • Status dan prestasi pelaburan KWAP dilaporkan secara berkala kepada Lembaga dan Panel Pelaburan. Analisis prestasi termasuk prestasi relatif berbanding indeks tanda aras serta sasaran pulangan mutlak bagi setiap kelas aset.​​​​​